Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Puteri Thailand Bajrakitiyabha Mangkat Pada Usia 47 Tahun

Iqbal Yasir
Puteri Thailand Bajrakitiyabha
Kredit: Bangkok Post

Puteri Thailand Bajrakitiyabha Mangkat Pada Usia 47 Tahun

Puteri Bajrakitiyabha Narendiradebyavati mangkat pada jam 7.48 malam hari Khamis ketika usia 47 tahun, lapor Bangkok Post.

Perkara itu disahkan oleh Biro Kerabat Diraja pada pagi Jumaat hari ini.

Difahamkan, Bajrakitiyabha bertarung dengan masalah kesihatan yang berpanjangan, selepas koma sejak Disember 2022

"YTM Puteri Bajrakitiyabha telah dimasukkan ke hospital sejak 15 Disember 2022, selepas gering dan pengsan akibat masalah berkaitan jantung ketika sedang melatih anjing peliharaan baginda di daerah Pak Chong, wilayah Nakhon Ratchasima pada hari sebelumnya.

"Sejak 21 Mei, pasukan perubatan diraja telah memantau rapi kesihatan YTM Puteri Bajrakitiyabha berikutan jangkitan teruk yang masih tidak terkawal dan menjejaskan fungsi beberapa sistem organ utama," kata biro itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut pengumuman itu, keadaan baginda semakin merosot selepas itu sehinggalah kemangkatan baginda pada malam Khamis.

Seri Paduka Baginda Raja telah menitahkan Biro Kerabat Diraja untuk mengatur upacara pemakaman diraja dengan penghormatan tertinggi mengikut adat istiadat diraja.

Jasad YTM Puteri Bajrakitiyabha akan ditempatkan di Dewan Singgahsana Phiman Rattaya di Istana Besar (Grand Palace), Bangkok.

Untuk makluman YTM Puteri Bajrakitiyabha merupakan puteri sulung kepada Seri Paduka Baginda Raja dan YTM Puteri Soamsawali Krom Muen Suddhanarinatha.