Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Putin Hubungi Aliyev
Kredit: AFP

Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

Athirah

Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

MOSCOW, 28 Dis (Bernama-AA) — Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu.

“Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Rusia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa serta mengharapkan pemulihan segera kepada yang cedera,” menurut kenyataan Kremlin.

Putin menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan itu membuat beberapa percubaan untuk mendarat di bandar Grozny, Chechnya, pada ketika sistem pertahanan udara Rusia sedang bertindak balas terhadap serangan drone Ukraine.

Beliau memberitahu Aliyev bahawa Jawatankuasa Siasatan Rusia telah memulakan kes di bawah Perkara 263 Kanun Jenayah, yang meliputi pelanggaran keselamatan trafik udara dan peraturan operasi.

“Tindakan siasatan awal sedang dijalankan, dengan pakar awam dan tentera sedang dirujuk,” tambah kenyataan itu.

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 orang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, mengorbankan 38 orang manakala 29 terselamat.

Dua wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan kini berada di Grozny, bekerjasama dengan pegawai Rusia dari Pejabat Pendakwa Raya dan Jawatankuasa Siasatan.

Pelbagai perkhidmatan dari Rusia, Azerbaijan dan Kazakhstan sedang menyelaras rapat di tapak kemalangan berhampiran Aktau untuk menguruskan kesan bencana itu.

Sementara itu, perkhidmatan media Presiden Azerbaijan mengesahkan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin, telah menghubungi Presiden Ilham Aliyev untuk menyampaikan permohonan maafnya berikutan insiden tragis yang melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines, lapor AA.

Menurut kenyataan itu, Aliyev menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan Airlines telah menghadapi gangguan fizikal dan teknikal luaran semasa berada di ruang udara Rusia, khususnya di Chechnya. Gangguan ini menyebabkan pesawat kehilangan kawalan sepenuhnya, memaksanya melencong ke Aktau, Kazakhstan, yang pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat berkat keberanian dan profesionalisme luar biasa juruterbangnya, menurut kenyataan itu.

Presiden Azerbaijan itu menekankan bukti-bukti utama gangguan itu termasuk – banyak lubang pada badan pesawat, penumpang dan anak kapal yang cedera akibat serpihan yang menembusi semasa penerbangan, serta kenyataan dari pasukan dan mangsa yang terselamat – yang bersama-sama mengesahkan berlakunya gangguan luar.

Dalam perbincangan mereka, kedua-dua pemimpin bersetuju tentang keperluan untuk penyiasatan menyeluruh berkenaan kemalangan tragis itu dan pentingnya memastikan individu yang bertanggungjawab diambil tindakan sewajarnya.

Aliyev turut memaklumkan bahawa atas inisiatif Azerbaijan, satu delegasi pakar antarabangsa telah dibentuk untuk menyiasat punca insiden itu secara teliti dan telah memulakan kerja mereka.

Kedua-dua presiden menegaskan komitmen mereka terhadap proses penyiasatan yang telus dan berjanji untuk terus memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkembangan dan penemuan penyiasatan.

BACA: Awas, Ini Risiko & Bahaya Ketika Beri Makan Burung Merpati Liar

Sumber: Bernama