Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
burung merpati
Kredit: AFP
Tiada Kategori

Awas, Ini Risiko & Bahaya Ketika Beri Makan Burung Merpati Liar

Athirah

Beri Makanan Kepada Burung Merpati Liar, Ini Kesan Bahaya Kepada Manusia

Sering kali kita melihat kumpulan burung merpati berterbangan di bandar-bandar besar, hinggap di bangunan-bangunan tinggi dan di taman-taman awam.

Burung merpati adalah sejenis haiwan yang sebilangan orang beranggapan bahawa ianya adalah haiwan perosak, namun ada juga yang menganggap haiwan ini adalah cantik.

Walaupun kehadiran burung ini sering menceriakan suasana, namun ada bahaya yang tersembunyi sekiranya manusia terdedah kepada najis burung merpati.

Boleh menyebabkan “pigeon lung”

Menurut portal Institutional Animal Care and Use Committee, jangkitan paru-paru merpati atau lebih dikenali sebagai “pigeon lung” adalah penyakit yang boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

Spora kulat ini dikatakan berada di persekitaran, terutamanya di kawasan dengan najis burung dan kelawar.

Difahamkan, jangkitan ini sangat jarang berlaku pada manusia namun apabila individu terdedah kepada spora kulat ini, mereka boleh mengalami gejala seperti demam, batuk dan keletihan.

Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang kronik.

Oleh itu, individu yang memiliki sistem imun yang lemah disarankan untuk mengelak dari menyentuh bahan yang mengandungi najis burung ini.

Menyentuh najis burung merpati boleh menyebabkan wanita hamil keguguran

IACUC berkata, terdapat juga risiko jangkitan yang disebabkan oleh Chlamydophila psittaci.

Difahamkan, beberapa haiwan yang dijangkiti penyakit ini tidak merasa sakit atau menunjukkan sebarang gejala.

Jangkitan ini pada manusia biasanya menyebabkan simptom seperti selesema dan penyakit pernafasan dengan komplikasi yang jarang berlaku. Manakala bagi wanita hamil pula, ia berisiko mengalami keguguran.

Difahamkan, penularan ini sering berlaku melalui penyedutan najis kering, rembesan, dan bulu daripada burung yang dijangkiti.

Manusia akan mengalami beberapa simptom berbahaya

Menurut portal IACUC lagi, jangkitan salmonellosis, cryptosporidiosis, dan campylobacterosis boleh diperoleh melalui sentuhan atau tertelan secara tidak sengaja bahan najis daripada burung merpati.

Jangkitan ini juga boleh didapati melalui pengambilan daging atau produk telur yang kurang masak daripada burung yang dijangkiti.

Selain itu, haiwan yang hidup bebas atau ditangkap dari habitat liar lebih berkemungkinan membawa jangkitan ini berbanding haiwan yang dibesarkan dan ditempatkan dalam persekitaran makmal.

Manusia yang dijangkiti penyakit ini biasanya mengalami simptom gastrousus termasuk cirit-birit yang berdarah, sakit perut, loya dan demam.

Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui cara-cara untuk mengelakkan terdedah kepada najis burung merpati.

BACA: Wujud Seawal Kurun Ke-2 Masihi, Ini Sejarah Menarik Kataha

Sumber:

Institutional Animal Care and Use Committee