Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Putrajaya Lancarkan Bazaar Ramadan Digital Bersama foodpanda

FOODPANDA
Sumber : foodpanda

Putrajaya Lancarkan Bazaar Ramadan Digital Bersama foodpanda

Sempena Ramadan kali ini, rakyat Malaysia masih boleh menikmati juadah kegemaran dari bazaar dengan cara yang lebih mudah, terutamanya bagi mereka yang sibuk menguruskan komitmen harian sepanjang musim perayaan ini.

foodpanda Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya membawakan pilihan istimewa dari Bazaar Ramadan Presint 3 Putrajaya terus ke dalam aplikasi foodpanda bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026.

Menerusi program perintis ini, lebih 200 gerai bazaar akan boleh diakses melalui ruangan khas “Ramadan Bazaar” dalam aplikasi, membolehkan pelanggan memilih pelbagai juadah popular seperti nasi lemak, nasi dagang, ayam goreng rangup serta aneka kuih-muih berwarna-warni.

Inisiatif ini meraikan kemeriahan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia ketika membuat persiapan berbuka puasa.

Dengan membawa suasana bazaar ke platform digital, foodpanda memastikan pengalaman tersebut kekal dinikmati oleh pengguna yang mempunyai kekangan masa, di samping membantu peniaga bazaar menjana pendapatan tambahan dan menjangkau pelanggan baharu.

Menurut Steff Yong, Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, “Kami bukan sekadar menghantar makanan, tetapi mahu menyampaikan pengalaman Ramadan yang sebenar. Dengan membawa suasana bazaar Putrajaya ke dalam aplikasi kami, foodpanda membantu rakyat Malaysia menjimatkan masa.

Sama ada golongan profesional yang sibuk atau ibu bapa di rumah, kini semua boleh menikmati kemeriahan perayaan dan hidangan terbaik Putrajaya hanya dengan beberapa sentuhan di telefon. Dalam masa yang sama, inisiatif ini turut meningkatkan pendapatan peniaga serta rakan penghantar kami, selain menawarkan cara yang lebih moden untuk menikmati tradisi.”

Bagi memastikan makanan sentiasa segar, petugas khas di lokasi akan membuat pembelian terus dari gerai sebaik sahaja pesanan disahkan. Pelanggan boleh menjangkakan tempoh penghantaran sekitar 40 hingga 50 minit.

Program perintis ini mencerminkan komitmen berterusan foodpanda dalam menyokong peniaga tempatan serta menambah baik pengalaman penghantaran, sekali gus menghubungkan rakyat Malaysia dengan cita rasa kegemaran mereka secara lebih lancar dan praktikal.

Cara Membuat Pesanan:

  1. Buka aplikasi foodpanda dan tekan ruangan Ramadan Bazaar.

  2. Pilih daripada pelbagai hidangan yang ditawarkan di Bazaar Ramadan Putrajaya.

  3. Masukkan pilihan ke troli dan buat pembayaran.

  4. Tunggu dengan tenang sementara pesanan anda dibeli, dibungkus dan dihantar dalam tempoh 40 hingga 50 minit.