Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
wakil rakyat dan pemimpin tidak lupakan rakyat
Kredit: BERNAMA

Rafizi Gesa Wakil Rakyat, Pemimpin PKR Dilantik Jawatan Kerajaan Tidak Lupakan Parti

Nurhanis

SUNGAI PETANI, 15 Jan (Bernama) — Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa wakil rakyat dan pemimpin parti itu yang dilantik memegang jawatan di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri agar tidak mengabaikan peranan yang perlu dimainkan dalam parti.

Rafizi berkata beliau faham mengenai tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam kerajaan, namun pemimpin PKR perlu sedar jika tidak kerana parti, ahli serta jentera parti, mereka tidak akan menang pilihan raya dan mendapat jawatan dalam kerajaan.

Katanya, wakil rakyat dan pemimpin yang dilantik sama ada ke jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik perlu bijak membahagikan masa dan perkara sama perlu dilakukan oleh mereka yang memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri.

“Kadang-kadang kita terbawa-bawa dengan urusan kementerian semata-mata, kita kerja di kementerian ataupun di kerajaan negeri dari 8 pagi sampai 6 petang secara rasmi, kita masih lagi ada masa dari 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan ada masa lagi pada Sabtu dan Ahad untuk parti dan juga rakyat,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Kedah dan Pulau Pinang di sini malam tadi.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata mereka yang dilantik ke pelbagai jawatan dalam kerajaan juga perlu mengekalkan gaya dan pembawaan diri semasa parti menjadi pembangkang sebelum ini dengan sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat.

“Wakil rakyat sedia ada, tanggungjawab kita bukan sahaja tengok dan buat kerja tetapi kena pastikan kandungan dan cara kita buat kerja itu kena dengan cara dan citarasa rakyat,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan mana-mana ahli parti itu yang berhasrat menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang agar memikirkan cara yang betul untuk menyantuni rakyat.

Dalam pada itu, Rafizi menegaskan PKR perlu mempertahankan lima kerusi tradisi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang dimenangi sejak 2008 iaitu Sidam, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kulim dan Lunas.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud risiko dan cabaran besar kepada PKR untuk mengekalkan kerusi berkenaan berikutan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lepas.

Sumber: BERNAMA