Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Raikan Detik Istimewa Bersama Koleksi Joy HABIB

Nurul Naqiyah
joy habib

Raikan Detik Istimewa Bersama Koleksi Joy HABIB

Detik-detik emas dalam hidup merupakan momen yang sangat bermakna. Sambutan- sambutan seperti hari lahir, perkahwinan, graduasi, ulang tahun, dan kelahiran cahaya mata merupakan acara yang istimewa untuk disambut bersama yang tersayang.

Di HABIB, kami ingin berkongsi ‘The Gift of Happiness’ untuk meraikan detik berharga dengan koleksi Joy yang menawarkan pilihan kad ucapan yang berwarna-warni bersertakan emas 999.9.

Dengan motif yang ceria, koleksi Joy ini menambah sentuhan mewah kepada perayaan istimewa anda.

Tersedia dalam 5 edisi meriah (Hari Lahir, Perkahwinan, Graduasi, Kelahiran dan Ulang Tahun), setiap kad disertakan dengan sampul surat berwarna yang serasi dan ruang khas untuk menulis ucapan istimewa.

joy habib
joy habib

Koleksi Joy HABIB hadir dalam dua varian: syiling wafer emas 999.9 (0.2g) yang direka khas pada harga RM138 setiap satu atau jongkong emas 999.9 terbaru HABIB (0.5g atau 1g).

Koleksi Joy kini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB, serta melalui platform e-dagang HABIB di www.habibjewels.com, TikTok, Shopee, Lazada dan Zalora.