Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah ‘Gegar’ Segamat

rakaman gempa johor
Gambar: Video tular

Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah ‘Gegar’ Segamat

Suasana tenang awal pagi tadi di Segamat, Johor tiba-tiba bertukar cemas apabila penduduk sekitar dikejutkan dengan gegaran jelas susulan satu gempa bumi lemah berukuran 4.1 pada skala Richter.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.13 pagi, dan dalam tempoh singkat itu, ramai penduduk berkongsi pengalaman merasai pergerakan luar biasa di kediaman mereka.

Situasi berkenaan pantas mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing sebaik gegaran berlaku.

Tular rakaman CCTV detik gempa di Johor

Beberapa rakaman yang tular di media sosial memaparkan detik gegaran gempa ketika kejadian berlaku sekitar Johor.

Salah satu daripadanya dimuat naik oleh seorang penduduk dipercayai dari Kampung Tengah, Segamat, yang berkongsi rakaman CCTV di rumahnya.

Rakaman tersebut menunjukkan gegaran kedengaran dan kelihatan jelas di ruang tamu, dapur dan kawasan tempat letak kereta. Setiap sudut rakaman memperlihatkan dengan nyata kesan gegaran berkenaan.

Pengesahan METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengesahkan bahawa gempa bumi lemah tersebut direkodkan pada koordinat 2.5° Utara dan 102.8° Timur, dengan magnitud 4.1 pada skala Richter.

Menurut METMalaysia, pusat gempa bumi berkenaan terletak kira-kira 5 kilometer Barat dari Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, gegaran turut dilaporkan dirasai sehingga ke kawasan berhampiran termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” maklum METMalaysia.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan

Dalam pada itu, Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz berkata beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzuddin Sanusi dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Beliau turut mengajak rakyat sama-sama berdoa agar negeri Johor serta seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.

BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Johor, Malaysia

BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

BACA: Jalan Utama Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Sumber: Video tular