Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Elbrus

ELBRUS
Gunung Elbrus. Kredit: AFP

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Ketika Mendaki Gunung Elbrus

Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia meninggal dunia ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Elbrus, Persekutuan Rusia pada Sabtu lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai ekspedisi pendakian gunung berkenaan menerusi sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.

Menurut kementerian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah menghubungi keluarga mendiang di Malaysia serta dua lagi pendaki bagi menyelaras segala urusan berkaitan selain menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

“Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.