Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia

Hannah
mat saleh cuaca malaysia
Gambar: TikTok @callum7x 

Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia

Umum diketahui, kebanyakan pelancong memilih untuk datang ke Malaysia atas pelbagai sebab.

Ada yang tertarik dengan keindahan tempat pelancongan yang menakjubkan, ada pula yang datang kerana ingin menikmati makanan tempatan yang menggoda selera. Tidak kurang juga yang terpikat dengan keramahan rakyatnya yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Namun, antara keunikan yang sering menjadi bualan pelancong ialah cuaca di Malaysia yang ‘lain daripada yang lain’.

Mana tidaknya, mereka ini mungkin ada yang datang dari negara yang panas sepanjang tahun, dan ada pula yang berasal dari tempat yang sentiasa dingin dan bersalji.

Tetapi di Malaysia, mereka dapat merasai kedua-dua suasana. Kadang-kadang panas terik, kadang-kadang sejuk nyaman dan tak kurang juga hari-hari yang diiringi hujan renyai. Semuanya boleh berlaku dalam satu hari sahaja.

“Kenapa cuaca di Malaysia macam ni?” – Pelancong

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pengalaman Mat Saleh yang terlalu percaya dengan app cuaca Malaysia.

Pada hari berkenaan, dia mungkin ‘diberitahu’ bahawa cuaca dijangka cerah. Malangnya, nasibnya kurang baik pada hari itu. Mana tidaknya, hujan lebat turun membuatkan pemuda itu basah kuyup.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, pengalaman Mat Saleh ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Ramai penonton mengaku boleh “relate”, kerana mereka sendiri pernah menghadapi situasi cuaca yang tidak menentu di Malaysia.

Lagi berdekah baca komen netizen Malaysia rupanya…

Lebih menghiburkan, ruangan komen yang dibanjiri netizen Malaysia nyata membuatkan ramai terhibur.

“Kami tak bergantung pada app cuaca… kami boleh hidu hujan sebelum ia turun. Tak perlu app pun…”

“Dua benda yang jangan dipercayai di Malaysia. 1) app cuaca, 2) bila kawan cakap ‘dah on the way‘…”

“Cuaca Malaysia ajar kau macam mana nak handle perempuan, bro.”

“Aku gelak sekarang… kenapa kau tak pakai raincoat? Kau tahu Malaysia sekarang musim hujan…”

“Jangan ikut ramalan cuaca. Agak-agak je. Kalau nampak mendung, mungkin hujan, mungkin tak. Kalau nampak cerah, mungkin hujan, mungkin tak. Kesimpulannya, mungkin hari itu kau beruntung, mungkin tak… kau agak-agak je okay.”

“Di Malaysia, kami tak percaya app cuaca… ke mana-mana pergi, payung wajib ada dalam beg. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari… itulah puisi kami.”

“Jangan percaya app cuaca, pandang je langit. Belajar coraknya, kau akan tahu.”

“Kau tak pernah boleh percaya app cuaca di Malaysia. Tapi kau boleh percaya orang tempatan dengan ramalan cuaca mereka.”

“Sediakan payung sebelum hujan… puisi legenda kami.” – Netizen Malaysia

Hakikatnya, app cuaca hanyalah ramalan agar kita berwaspada dengan keadaan cuaca buruk. Ia boleh dijadikan rujukan, tetapi pengalaman rakyat Malaysia jelas menunjukkan bahawa kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Bak kata netizen Malaysia, “sediakan payung sebelum hujan”.

BACA: Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’

BACA: Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia

BACA: Pasangan “Traveller” Banding Malaysia & Eropah, Raih Perhatian Ramai

Sumber: TikTok @callum7x