Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Headrest
Kredit: CNN

Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan

Athirah

Ramai Ingat Fungsi “Headrest” Tempat Rehat Kepala, Rupanya Bukan

Teknologi keselamatan yang ada pada kereta hari ini cukup moden, sekaligus menjadikan kenderaan tersebut lebih selamat untuk digunakan setiap hari.

Selain ciri-ciri keselamatan standard seperti tali pinggang keselamatan dan beg udara, kereta moden hari ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dikawal secara elektronik.

Antaranya sistem Brek Anti-kunci (ABS), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan banyak lagi.

Namun begitu, ada juga ciri-ciri keselamatan yang ada dalam kereta yang selama ini kita salah sangka dan sebenarnya fungsinya sangat penting kepada penumpang.

Salah satunya adalah headrest, yang mungkin ramai ingat fungsi utamanya adalah untuk merehatkan kepala supaya lebih selesa ketika memandu.

Sesuai dengan namanya, headrest (head/kepala & rest/rehat). Setidaknya, mungkin itulah anggapan kita selama ini, kan?

Namun begitu, siapa sangka headrest sebenarnya bukanlah bermaksud tempat rehat kepala dan fungsi utamanya bukan untuk dijadikan tempat merehatkan kepala semasa memandu.

Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda sebab-sebab penting komponen ini ‘wajib’ ada dalam kereta.

Rupanya ini fungsi sebenar headrest ramai tak tahu

Menurut portal Carl Black Of Orlando, headrest bukan bermaksud head/kepala & rest/rehat, sebaliknya adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu head restraint.

Manakala fungsi utamanya pula adalah untuk tujuan keselamatan yang sangat penting, lebih-lebih lagi ketika berlaku kemalangan.

Ia dapat mengurangkan kecederaan leher yang teruk atau dikenali sebagai whiplash, yang disebabkan oleh pergerakan belakang kepala dan leher akibat kemalangan, terutamanya ketika hentaman berlaku daripada belakang.

Headrest yang diletakkan pada posisi yang betul terbukti dapat mengurangkan kadar kecederaan di bahagian leher, sehingga 43 peratus ketika kemalangan berlaku.

Disebabkan ia memiliki ciri-ciri keselamatan yang penting, semua kereta moden hari ini dilengkapi dengan headrest. Malah, banyak negara turut mewajibkan kompenan ini dipasang dalam kenderaan yang dijual dalam pasaran mereka.

Ramai pengguna tidak tahu melaraskan komponen ini dengan betul

Menurut Carl Black of Orlando, headrest perlu dilaraskan sekurang-kurangnya sama dengan titik pusat graviti kepala.

Secara mudahnya, ia bersama kira-kira 3.5 inci dibawah bahagian yang diukur dari atas kepala.

Selain itu, jarak belakang kepada dengan permukaan headrest juga perlu diminimakan. Jika terdapat jarak lebih empat inci, risiko untuk kecederaan leher boleh meningkat.

BACA: Aisberg Terbesar Di Dunia Mula Bergerak Sekali Lagi

Sumber: Carl Black Of Orlando