Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Ingat Tak Penting, Ini Rupanya Fungsi Plat Kod Pada Kunci Kereta

Fungsi Plat Kod
Kredit: Muhd Izzuddien

Ramai Ingat Tak Penting, Ini Rupanya Fungsi Plat Kod Pada Kunci Kereta

Dari tahun ke tahun, banyak model kereta telah dikeluarkan di negara ini. Ia sekaligus memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli kereta yang diidamkan.

Seiring dunia moden, kenderaan yang dicipta juga mempunyai revolusi yang tersendiri termasuk dari segi aksesorinya.

Ketika pertama kali mendapatkan kereta, anda pasti perasan terdapat satu plat besi kecil yang diletakkan bersama kunci kereta.

Plat kecil itu mempunyai nombor siri yang tersendiri.

Mungkin ada yang sudah tahu kerana dimaklumkan oleh penasihat jualan kereta masing-masing.

Penting, jangan hilangkan

Namun, pastinya masih ramai yang tidak tahu fungsi sebenar plat kecil itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Muhd Izzuddien bertanya mengenai kegunaan plat kecil itu di dalam Kumpulan Proton Saga MC3 2025.

Orang ramai memberikan pelbagai jawapan termasuk yang berseloroh. Tetapi, ada juga yang memberikan jawapan sebenar.

Pengguna Facebook, Ishaq Omar berkata nombor pin yang terdapat pada plat besi itu boleh digunakan untuk menghasilkan kunci baharu jika kunci yang sedia ada hilang.

Jonathan Poh turut menjelaskan perkara yang sama. Menurutnya, plat kod itu perlu dijaga sebaiknya.

Ramai yang menasihatkan agar plat besi itu disimpan di rumah kerana risau akan hilang.

Jadi, anda dinasihatkan untuk menjaga plat kecil itu sebaiknya. Jika tiada apa-apa keperluan, boleh simpan di rumah atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai.