Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Salah Buat, Menteri Kesihatan Indonesia Kongsi Cara Betul Guna Bantal Leher
Tidak dinafikan, perjalanan yang mengambil masa berjam-jam sememangnya boleh membuatkan badan terasa tidak selesa.
Keadaan ini sering menyebabkan bahagian leher dan bahu menjadi lenguh, lebih-lebih lagi jika seseorang cuba untuk tidur dalam keadaan duduk sepanjang perjalanan.
Ketika musim perayaan, kesesakan lalu lintas di lebuh raya menjadi jauh lebih lama daripada biasa.
Begitu juga bagi mereka yang menaiki pesawat untuk ke destinasi yang jauh.
Dalam keadaan ini, ramai yang mengambil peluang untuk berehat atau tidur seketika bagi mengurangkan rasa penat.
Disebabkan itu, bantal leher sering menjadi antara barang yang dibawa ketika perjalanan jauh kerana ia dipercayai dapat membantu menyokong kepala dan leher supaya lebih selesa ketika berehat.
Namun begitu, ramai sebenarnya menggunakan bantal leher dengan cara yang salah sehingga ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada bahagian leher.
Menurut portal Tribun News, bantal leher sering dibawa dan digunakan untuk membantu seseorang tidur dengan lebih selesa ketika berada di dalam kenderaan atau sepanjang perjalanan jauh.
Namun begitu, ada kalanya tidur ketika dalam perjalanan boleh menyebabkan leher terasa kaku atau sakit walaupun menggunakan bantal leher.
Kebiasaannya, ramai yang meletakkan bantal tersebut di bahagian belakang leher.
Sebenarnya, kedudukan itu bukanlah cara yang betul untuk menggunakannya.
Dalam video yang dikongsikan oleh Menteri Kesihatan Republik Indonesia, Budi Gunadi Sadikin di Instagram, beliau menunjukkan cara yang lebih tepat iaitu dengan meletakkan bantal leher di bahagian hadapan leher, tepat di bawah dagu.

Beliau turut menjelaskan bahawa ramai orang tersalah menggunakan bantal leher sehingga menyebabkan leher menjadi kaku dan sakit selepas tidur sepanjang perjalanan.
Difahamkan, keadaan ini berlaku kerana kepala akan tertunduk ke hadapan lalu memberi tekanan kepada sendi serta otot di bahagian leher.
Selain itu, beliau menjelaskan bahawa apabila bantal leher diletakkan di bahagian hadapan, dagu akan mendapat sokongan.
Jadi jika seseorang tertidur dan kepala condong ke hadapan, ke kiri atau ke kanan, bantal tersebut akan menyokong kedudukan kepala dan membantu mengelakkan leher daripada sakit.
Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada bahagian belakang kepala akan selamat jika tidur dalam keadaan tersebut.
Menurut beliau, perkara itu tidak perlu dibimbangkan kerana bahagian belakang kepala sebenarnya sudah disokong oleh tempat duduk penumpang.