Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Kenal Pasti Arah "Seat" Dalam Tren KTMB

seat dalam tren KTMB
Kredit: Bernama

Bagi yang kerap menaiki tren, memilih tempat duduk mungkin nampak seperti perkara kecil.

Namun, kedudukan kerusi sebenarnya boleh mempengaruhi keselesaan sepanjang perjalanan, lebih-lebih lagi bagi penumpang yang tidak biasa duduk menghadap ke belakang.

Ketika membuat tempahan tiket secara dalam talian, penumpang biasanya diberikan pilihan untuk menentukan tempat duduk yang diinginkan.

Dalam masa sama, terdapat beberapa simbol dan warna pada paparan tempat duduk yang mungkin mengelirukan jika tidak mengetahui maksudnya.

Situasi itu turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang mahu memastikan tempat duduk dipilih menghadap ke arah perjalanan dan bukannya mengundur.

Persoalannya, bagaimana cara untuk mengenal pasti kedudukan tersebut ketika membuat tempahan?

Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @shizuku7_, mencuri perhatian selepas dia mengajukan persoalan mengenai cara memilih “seat” dalam tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menerusi perkongsian tersebut, dia ingin mengetahui bagaimana untuk memastikan tempat duduk yang dipilih menghadap ke hadapan dan bukannya membelakangi arah perjalanan ketika membuat tempahan menerusi aplikasi KTMB Mobile.

“Nak tanya macam mana nak tau seat train kita menghadap ke hadapan ya, bukan mengundur kalau dekat dalam apps,” soalnya di Threads.

Persoalan itu kemudiannya mendapat perhatian KTMB yang tampil memberikan penjelasan mengenai panduan warna bagi membantu penumpang mengenal pasti arah tempat duduk sebelum membuat tempahan.

Panduan semasa pemilihan seat dalam tren KTMB

Menerusi penjelasan KTMB terhadap persoalan tersebut, terdapat tiga warna yang digunakan dalam paparan pemilihan tempat duduk bagi membezakan kedudukan setiap kerusi.

Kuning – Tempat duduk berhadapan meja untuk empat orang (facing 4 orang)

Hijau – Tempat duduk menghadap arah perjalanan (facing forward)

Biru – Tempat duduk melawan arah perjalanan (facing backward)

Selain itu, terdapat juga beberapa singkatan yang dipaparkan ketika pemilihan tempat duduk.

M – Lelaki (Male)

F – Perempuan (Female)

Jadi, bagi penumpang yang mahu duduk menghadap ke hadapan sepanjang perjalanan, pastikan memilih tempat duduk yang ditandakan dengan warna hijau.

Menerusi penjelasan lain kepada komen pengguna yang turut ingin mengetahui cara mengenal pasti tempat duduk berhampiran tingkap, KTMB menjelaskan bahawa kedudukan tingkap bagi setiap tempat duduk bergantung kepada jenis set tren ETS yang digunakan untuk sesuatu perjalanan.

Menurut KTMB, keadaan itu menyebabkan pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempat duduk yang dipilih mempunyai tingkap dengan pemandangan atau sebaliknya.

Jadi, bagi penumpang yang berharap dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan, pemilihan tempat duduk berhampiran tingkap tidak semestinya menjamin kerusi tersebut mempunyai pandangan terus ke luar kerana kedudukan tingkap berbeza mengikut set tren yang digunakan.

Intipati
  • KTMB menjelaskan kod warna tempat duduk dalam aplikasi bagi membezakan arah kerusi penumpang.
  • Warna hijau menunjukkan kerusi menghadap perjalanan, biru melawan arah, dan kuning berhadapan meja.
  • KTMB berkata kedudukan tingkap bergantung kepada jenis set ETS bagi sesuatu perjalanan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan