Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rambut Cepat Rosak? Mungkin Sebab 5 Perkara Ini Yang Selalu Wanita Bertudung Buat

Azzwin
Kredit: ImageFX

Rambut Cepat Rosak? Mungkin Sebab 5 Perkara Ini Yang Selalu Wanita Bertudung Buat

Rambut sememangnya dianggap mahkota bagi setiap wanita, tidak kira sama ada bertudung atau tidak. Apabila rambut sihat dan terurus, rasa selesa serta keyakinan diri juga meningkat secara semula jadi.

Namun bagi wanita bertudung, penjagaan rambut memerlukan perhatian yang sedikit berbeza.

Rambut yang tertutup sepanjang hari lebih mudah terdedah kepada masalah seperti lembap, berbau, gugur atau rosak jika tidak dijaga dengan betul.

Lebih membimbangkan, keadaan ini sering berlaku tanpa disedari kerana ramai beranggapan rambut di bawah tudung tidak memerlukan penjagaan rapi.

Hakikatnya, penjagaan yang betul tetap penting untuk memastikan rambut kekal sihat, segar dan cantik sepanjang masa.

Jadi, kali ini SK nak kongsi lima perkara yang patut dielakkan oleh wanita bertudung supaya rambut dan kulit kepala sentiasa sihat, segar dan bebas masalah, menurut Hello Doktor.

1. Jangan biarkan rambut lembap

Siapa yang suka pakai tudung walaupun rambut masih lagi belum kering sepenuhnya, angkat tangan!

Penulis pasti, ramai wanita yang terbiasa membiarkan rambut lembap sebelum memakai tudung. Kalau boleh, hentikan tabiat ini secepat mungkin.

Rambut kita akan menjadi lebih rapuh ketika basah.

Jadi, tabiat memakai tudung ketika rambut masih lembap akan menyebabkan rambut bercabang, menjadi kering dan juga berkelemumur!

Jika boleh, elakkan membasuh rambut pada waktu pagi. Cuci rambut sebelum tidur supaya ia sempat kering sebelum keesokan hari.

2. Jangan biar inner berbau kepam

Jarang basuh anak tudung? Jangan macam tu…

Malaysia merupakan negara yang panas dan lembap. Peluh dan pelbagai lagi kotoran lain akan melekat pada anak tudung.

Jika jarang dibasuh, ia akan menyebabkan rambut anda berbau masam.

Basuh anak tudung selepas 1-2 kali pemakaian. Walaupun kita rasa bau anak tudung kita itu OK dan masih boleh dipakai lagi, jangan ingat orang lain tak boleh hidu bau peluh kita ya!

3. Longgarkan ikatan rambut mengikut cara pakai shawl

Ramai wanita yang suka ikat rambut ketat-ketat sebelum pakai tudung. Namun, amalan ini sebenarnya akan membuatkan rambut kita lebih mudah gugur.

Jika anda suka ikat rambut, gunakan getah rambut yang diperbuat daripada kain yang lembut seperti kapas atau satin.

Elakkan penggunaan gelang getah kerana ia boleh menyebabkan rambut anda tercabut dan semakin rapuh.

4. Material juga penting

Jangan fikir cara pakai tudung sahaja, material tudung yang dipilih pun perlulah bersesuaian!

Pilih material yang ‘breathable’, contohnya kapas, sutera atau chiffon.

Elakkan penggunaan material sintetik seperti poliester atau nilon yang boleh menyebabkan geseran pada kulit kepala.

5. Beli produk yang sesuai dengan rambut

Akhir sekali, penjagaan rambutlah yang paling penting untuk memastikan ia kekal sihat dan kuat.

Rambut merupakan mahkota seorang wanita, jadi jangan berkira untuk berbelanja dan beli produk penjagaan rambut yang sesuai dengan anda.

Jika anda mempunyai masalah rambut kering, beli syampu dan perapi yang dapat mengurangkan masalah tersebut. Sama jugalah jika anda mempunyai masalah rambut lain.

Setiap produk mempunyai bahan aktif yang berbeza. Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk pada jurujual atau ahli farmasi yang bertugas.

Untuk mengelakkan rambut gugur, anda juga boleh tukar sarung bantal. Sarung bantal sutera lebih lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur ketika tidur.

BACA: Pakar Dedah 5 Tabiat Harian Yang Boleh Rosakkan Otak Manusia

Sumber: Hello Doktor