Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ranking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia

Azizah Najib
Ranking harimau malaya
Kredit: Harimau Malaya Official

Ranking Harimau Malaya Terus Meningkat, Kini Di Tangga Ke-116 Dunia

KUALA LUMPUR, 20 November (Bernama) — Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya, apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.

Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.

Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.

BACA: Saya Adalah CEO Harimau Malaya: Rob Friend

BACA: Isu Pemain Warisan: Pemalsuan Dokumen Jejas Asas Integriti Bola Sepak & FIFA

Sumber: Bernama