Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
rapid rail sejuta penumpang tertinggi sejak penubuhan
Gambar: Bernama

Rapid Rail Catat Lebih Sejuta Penumpang, Tertinggi Sejak Penubuhannya

Sofea

Rapid Rail Catat Lebih Sejuta Penumpang, Tertinggi Sejak Penubuhannya

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berjaya merekodkan lebih sejuta penumpang dalam sehari iaitu pada 29 Mei lepas, tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.

Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan laluan Kelana Jaya mencatatkan bilangan penumpang sebanyak 287,102, Laluan Ampang/Sri Petaling (224,184), Laluan Monorel (61,236), Laluan Kajang (274,302) dan Laluan Putrajaya (157,767).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,591 iaitu peningkatan lebih 35 peratus berbanding tarikh sama pada tahun 2023 (739,818).

“Lonjakan ini dipacu dengan beberapa inisiatif yang digerakkan seperti proses penambahan kapasiti tren di Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang, pembukaan semula perkhidmatan tren di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya bagi Laluan Ampang/Sri Petaling pada 17 Feb lepas akibat kerosakan struktur jejambat serta pembukaan beberapa lokasi tarikan baharu di sepanjang jajaran rel,” menurut kenyataan itu.

Menurut Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Monorel dan transit aliran massa (MRT) di Lembah Klang, beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang.

BACA: Pengapungan Harga Diesel Mekanisme Basmi Ketirisan Subsidi – Amir Hamzah

“Rapid Rail amat berbangga kerana sasaran membawa sejuta penumpang sehari berjaya dicapai enam bulan lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan. Ini juga bukti sokongan padu khususnya daripada warga Lembah Klang yang setia menggunakan perkhidmatan rel pada setiap hari,” menurut Rapid Rail.

Kenyataan itu memaklumkan usaha penambahbaikan yang dilakukan Rapid Rail selama ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan awam berada di tahap lebih baik.

“Kejayaan ini juga satu perkembangan positif selaras dengan visi dan misi syarikat induk Rapid Rail iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam memajukan mobiliti serta memperkaya pengalaman pengguna pengangkutan awam,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penumpang di atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Sumber: BERNAMA