Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rapper Terkenal, Aaron Carter Meninggal Dunia Dalam Bilik Mandi

aaron carter mati
Gambar: AFP

Penyanyi rapper terkenal Amerika Syarikat (US), Aaron Carter yang juga adik kepada ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter dilapor meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Menurut laporan TMZ menerusi BBC, Carter ditemui mati dalam bilik mandi rumahnya di Lancaster, California, pada pagi Sabtu dan kematiannya disahkan oleh wakilnya.

Difahamkan pihak polis daerah Los Angeles dilaporkan tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi selepas laporan diterima.

Bagaimanapun maklumat lanjut tentang kematiannya masih dalam siasatan pihak polis.

“Sekarang ini bukan masa yang sesuai tetapi kami cuba selidik apa yang berlaku dan mencari puncanya.

“Kami sangat terkilan dengan semua orang dan berharap peminatnya berdoa untuk keluarga mangsa,” maklum sumber seperti yang dilapor BBC.

Kerjaya dalam industri muzik

Imbas kembali, kerjaya Carter bermula daripada kerjasama dengan Backstreet Boys dalam beberapa konsert, lawatan serta mempunyai kerjaya solonya sendiri.

Menurut BBC, pada akhir era 90-an dia berjaya menjual empat buah albumnya sebanyak berjuta-juta salinan.

Difahamkan album pertamanya diterbitkan ketika dia seawal usia sembilan tahun.

Sementara album keduanya, Aaron’s Party iaitu ‘Come Get It’ dikeluarkan pada tahun 2000 dan mendapat triple platinium.

Rapper terkenal meninggal dunia
Kredit: New Kids on the Block

Apabila menginjak dewasa, Carter beralih kepada rap dan muncul dalam muzikal Broadway serta rancangan TV AS Dancing With The Star.

Bankrup, kerjaya musnah

Bagaimanapun perjalanan kariernya dalam industri hiburan mula terganggu apabila dirinya dilapor jatuh muflis pada tahun 2013.

Difahamkan, dia pernah mempunyai hutang berjuta-juta dolar malah kebanyakannya berkaitan dengan cukai.

Tambahan pula, dia sering kali disabitkan kesalahan jenayah sebelum itu iaitu berkaitan dadah dan memandu secara melulu.

Menurut Daily Mail, semasa hayatnya Carter pernah memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi dilihat sebagai perumpamaan ‘kecelakaan kereta api’.

“Saya bukan seseorang yang anda cuba bentukkan (ikut apa yang anda mahukan).

“Jika seseorang mahu memanggil saya kereta api, saya telah menjadi kereta api yang telah rosak berkali-kali dan tergelincir oleh pelbagai perkara,” katanya.

Selain itu, menurut Hollywood Repoter, Carter juga pernah ditimpa konflik kekeluargaan di mana dia pernah berusaha mendapatkan hak penjagaan anaknya, Prince yang dilahirkan pada tahun lepas.

Bagaimanapun selepas isterinya (iaitu ibu Prince), Melaine Martin mendengar berita duka kematiannya, wanita itu berkata dia terpaksa menerima hakikat yang berlaku.

“Doa anda amat dihargai,” katanya.

Malah, bintang pop 90-an, New Kids on the Block juga turut memberikan penghormatan terakhir kepada Carter di Twitter dengan mengatakan mereka terkejut dan sedih dengan kematiannya.

Sumber: BBC