Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rasa Bahang? TNB Kongsi Cara Betul Buat Angin Kipas Lebih Sejuk
Seperti yang diketahui, kipas merupakan peralatan elektrik yang berfungsi menghasilkan tiupan angin untuk menyejukkan suasana.
Walaupun ringkas, kipas menjadi penyelamat orang ramai, terutamanya ketika cuaca panas terik.
Tidak seperti dahulu, kini, pelbagai jenis kipas wujud di pasaran seperti kipas meja, kipas berdiri, kipas siling dan kipas mini mudah alih.
Dengan penggunaan tenaga yang rendah dan harga berpatutan, kipas kekal menjadi pilihan utama rakyat untuk menghadapi cuaca panas yang semakin mencabar setiap tahun
Namun pernah tak anda mengalami situasi di mana angin yang dihasilkan kipas tidak sejuk?
Perkara ini sudah tentunya membuatkan pengguna berasa tidak selesa dan mencari jalan penyelesaian lain.
Jangan risau, kali ini SK kongsikan satu ‘”trick” yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) TNB Careline untuk menghasilkan angin yang lebih sejuk di bawah.
Cara Buat Angin Kipas Panas Jadi Sejuk
Menurut pihak TNB, sesetengah kipas siling mempunyai fungsi untuk menukar arah pusingan bilah kipas.
Fungsi ini sangat berguna kepada pengguna terutamanya ketika cuaca panas melanda.
Maklum TNB, putaran kipas angin arah lawan arah jam (anti-clockwise) semasa cuaca panas dapat menyejukkan ruang suasana.
Ini kerana, kipas yang berpusing mengikut lawan jam dapat menolak angin ke bawah dan menyejukkan ruang dengan lebih efektif berbanding kipas yang berpusing mengikut arah jam (clockwise).
Sumber: TNB CareLine