Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Rasa Macam Keropok”, Wanita Mengaku ‘Lenguh-lenguh’ Badan Jika Tak Makan Pisau Cukur Setiap Hari

Gambar Via Tribun News

Objek tajam seperti pisau cukur sememangnya kelihatan ‘menakutkan’, jadi ia harus digunakan dengan berhati-hati.

Namun, siapa sangka pisau cukur juga boleh menjadi makanan bagi wanita warga emas berusia 50 tahun ini.

Nenti yang berasal dari Desa Dadap, Kabupaten Indramayu menjadikan pisau cukur sebagai makanan hariannya.

“Rasanya seperti makan keropok,” katanya kepada Tribuncirebon.

Menurutnya, dia telah melakukan tabiat aneh itu selama 25 tahun.

Dia mendakwa sudah makan ribuan pisau cukur, dalam sehari sekurang-kurangnya dia harus makan empat pisau cukur.

Jika tidak makan, badan akan menjadi lenguh dan tidak mampu untuk membuat apa-apa, kepalanya juga akan terasa pening secara tiba-tiba.

Pun begitu, dia merasa bersyukur dengan keanehan yang dia ada.

Nenti juga mengakui bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan tabiatnya itu.

Dia juga mendakwa dia menjadi kuat untuk bekerja membersihkan sampah di sekitar kampung sepanjang hari kerana memakan pisau cukur.

Sumber: Tribun News