Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Arena muzik rock tanah air dikejutkan dengan pemergian pemain dram kumpulan Meditasi, Raja Azreen yang dilaporkan meninggal dunia susulan rebah ketika sedang melakukan persembahan di sebuah festival di Kuantan, Pahang malam tadi.
Perkhabaran duka itu mula dikongsikan oleh beberapa rakan artis dan penggiat seni termasuk vokalis kumpulan Masa Legacy, Zack.
Kongsinya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika menjayakan persembahan bersama kumpulannya di festival berkenaan.
"Assalamualaikum. Saya mendapat perkhabaran duka bahawa pemain dram kumpulan Meditasi, Abang Azreen, telah kembali ke rahmatullah malam tadi ketika membuat persembahan di Rock Festival Teruntum.
"Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarganya," katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Dalam perkongsian susulan, Zack memberitahu bahawa Allahyarham berhasrat untuk memainkan dram bagi lagu pertama daripada album Meditasi dan hasrat itu berjaya ditunaikan sebelum kejadian yang meragut nyawanya.
Sementara itu, vokalis Meditasi, Burn memaklumkan jenazah dijangka tiba di Surau Bangi Perdana, Bangi, pagi ini bagi urusan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.