Seorang remaja terbunuh ketika jatuh 100 kaki di gunung ketika menyaksikan air terjun dengan rakan-rakannya, lapor Daily Mail.
Remaja berusia 18 tahun yang tidak disebutkan namanya, ketika itu sedang menuruni lereng curam di gunung Pen-Pych di Lembah Rhondda, South Wales. Di tempat kejadian itu jugalah dia terjatuh.

Dilaporkan, khidmat kecemasan termasuk helikopter telah bergegas ke tempat terpencil itu. Berita mengenai remaja yang jatuh dari tempat tinggi di kawasan hutan itu dilaporkan pada pukul 5.39 petang,
Namun, sayangnya remaja itu telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat kecederaan yang dialami.

Polis mengatakan keluarganya telah dimaklumkan mengenai tragedi menyayatkan hati itu. Kata wakil polis South Wales, “Kami dapat mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 18 tahun di Pen Pych Woodland Park, Blaencwm, Rhondda.
Menurut portal, mereka difahamkan bahawa remaja itu bersama 5 rakannya yang lain memulakan perjalanan mereka pada hari Jumaat tengah hari.
Ahli Parlimen tempatan, Chris Bryant telah memberikan penghormatan terakhir kepada remaja itu dengan mengatakan, “Saya baru sahaja mendengar berita tragis itu malam tadi. Fikiran saya tertumpu pada keluarga dan rakan-rakan si anak muda itu ketika saat sukar ini.”
Netizen lain turut memberikan penghormatan terakhir di media sosial mereka dengan menyebut kematian itu sebagai ‘devastating‘ (menghancurkan) dan ‘heartbreaking news‘ (berita memilukan).
Tambah sumber, mangsa digambarkan sebagai seorang yang pendiam dan cerdas.
Sumber: Daily Mail
