Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Remaja Terselamat Daripada Dibaham, Enam Rakan ‘Belasah’ Buaya Di Tuaran

Kredit: Google

TUARAN, 4 Dis (Bernama) — Seorang remaja lelaki terselamat daripada dibaham buaya selepas enam rakannya ‘membelasah’ haiwan tersebut di Sungai Kampung Mengkabong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa Azlan Arif Abdullah,16, cedera di bahagian badan, kaki kanan dan perut dalam kejadian jam 3.30 petang.

Katanya, buaya berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan menggigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur antara sembilan dan 16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.

“Mereka kemudiannya memukul buaya tersebut dengan apa sahaja yang ada di tangan sehingga salah seorang berjaya mencederakan mata buaya itu yang menyebabkannya melepaskan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mohd Hamizi berkata mangsa tinggal berhampiran dengan sungai paya bakau tersebut.

Katanya, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan akan dirujuk ke Hospital Kota Belud atau Hospital Papar untuk rawatan lanjut berikutan kecederaan teruk yang dialami.

Sumber: BERNAMA