Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Reply Titik Pun Jadilah,” Abang Kurier Titip Pesanan Kepada Pelanggan Bayar Online
Tugas seorang penghantar barang atau kurier bukanlah semudah yang disangka.
Walaupun nampak seperti hanya menghantar bungkusan dari satu lokasi ke lokasi lain, hakikatnya pekerjaan ini penuh dengan cabaran.
Setiap hari, penghantar barang perlu menempuh kesesakan lalu lintas dan cuaca yang tidak menentu, selain menghadapi pelbagai permintaan serta keluhan pelanggan.
Tugas yang kelihatan mudah ini sebenarnya menuntut kesabaran, ketelitian, daya tahan fizikal dan mental yang tinggi.
Bagaimanapun, cabaran sebenar bukan hanya di jalan raya atau kesesakan trafik, namun ia datang dari komunikasi dengan pelanggan di mana mesej atau panggilan daripada mereka tidak mendapat respons.
Abang kurier beri pesanan kepada pelanggan yang bayar “online”
Seorang pekerja penghantaran J&T Express meraih perhatian ramai apabila tampil merayu agar pelanggan memberi sedikit kerjasama dengan membalas mesej WhatsApp selepas menerima bungkusan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @hznrzli di TikTok, lelaki berkenaan berkongsi luahan hati mengenai kesukaran yang dihadapi oleh para pekerja apabila pelanggan tidak memberikan sebarang respon.
“Saya nak minta sangat, tolonglah kepada pelanggan yang bukan COD, yang guna transfer online
“Biasanya bila rider dah hantar barang, dia akan WhatsApp. Jadi tolonglah balas, walaupun sekadar ‘thank you’, bagi sticker, atau titik pun tak apa,” kata @hznrzli.
Difahamkan, tindakan pelanggan yang tidak membalas mesej boleh menyebabkan akaun penghantar dikenakan sekatan (restricted) oleh WhatsApp.
Menurut @hznrzli, ia sekali gus menyukarkan mereka untuk berhubung dengan penerima sekiranya berlaku masalah seperti kehilangan atau salah letak barang.
“Bila kita tak dapat nak WhatsApp, kita tak boleh beritahu barang itu letak di mana. Nanti kalau barang hilang pun, sama-sama susah
“Apabila pelanggan membalas mesej, WhatsApp tidak dapat mengesan kami sebagai scam. Namun, jika tiada respon daripada pelanggan, akaun kami kena banned kerana dianggap spam,” ujarnya lagi.
Sumber: @hznrzl via TikTok