Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Respon Lembab Dan Kurang Memuaskan, MCMC Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Meta

Syed Faisal Sayed Muhammad
MCMC bakal ambil tindakan meta
Kredit BERNAMA

Respon Lembab Dan Kurang Memuaskan, MCMC Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Meta

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal mengambil tindakan undang-undang ke atas Meta.

MCMC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, tindakan itu bakal dibuat selepas Meta menunjukkan maklum balas yang lembap dan kurang memuaskan dalam mengatasi masalah yang timbul di Facebook.

“Maklum balas pihak Meta yang lembab dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam,” tulis MCMC.

Menurut MCMC, platform Facebook kebelakangan ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan.

Terutamanya kandungan yang melibatkan elemen Kaum, Institusi Diraja, Agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan.

Meta dikatakan gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan yang memudaratkan dan tidak bekerjasama sepenuhnya.

“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai. Pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta.

“Ia sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital.

“Tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemaikan kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan. Ia termasuk juga aktiviti penipuan,” tulis MCMC dalam kenyataannya.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Selain itu, MCMC juga menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi.

Ia termasuk rangkaian atau kemudahan dalam talian yang lain secara berterusan untuk aktiviti berniat jahat.

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini – Fahmi

PUTRAJAYA, 20 Jun (Bernama) — Syarikat telekomunikasi bakal mengumumkan beberapa berita baik berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G negara pada hujung bulan ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata syarikat telekomunikasi telah menandatangani perjanjian akses untuk membolehkan mereka menepati perkhidmatan 5G.

“Jadi saya harap menjelang 30 Jun ini kita akan ada beberapa pengumuman baik dan penting dari kalangan syarikat telekomunikasi. Mereka akan bersama dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan pemegang ekuiti,” katanya.

Setakat Mei lepas, Fahmi berkata pencapaian pelaksanaan 5G di bawah DNB telah mencapai 62.1 peratus dan ia satu perkara yang membanggakan.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia via Facebook