Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rezeki Juara Dunia, Tang Jie & Ee Wei Dapat RM460,000
Pemain badminton beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mendapat habuan RM460,000 selepas berjaya menjadi juara dunia.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi Facebook berkata hadiah RM460,000 itu adalah hasil sumbangan dari BAM sendiri (RM300,000), YONEX (RM100,000) dan AFFIN (RM60,000).
Menerusi majlis penyampaian hadiah itu, beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah juga mendapat ganjaran keseluruhan RM192,500 atas kejayaan mereka merangkul pingat perak.
Bagaimanapun, kedua-dua pemain itu tidak dapat hadir kerana sedang berjuang mengharumkan nama negara di Arctic Open.
Jumlah yang diperolehi mereka itu termasuk sumbangan daripada BAM (RM112,500), YONEX (RM50,000) dan AFFIN (RM30,000).
“Kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif. BAM turut menyampaikan insentif kepada barisan kejurulatihan, di mana Ketua Jurulatih Beregu Campuran, Nova Widianto, menerima RM15,000, manakala anggota pasukan sokongan turut diberi insentif keseluruhan berjumlah RM18,000 atas peranan mereka di sebalik tabir.
“Terima kasih sekali lagi kepada rakan kongsi utama kita, YONEX dan AFFIN, atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan terhadap badminton Malaysia. Pengiktirafan hari ini adalah bukti BAM sentiasa memastikan sokongan terhadap atlet dan jurulatih terus utuh.
“Marilah kita kekalkan momentum ini dan teruskan usaha membawa Jalur Gemilang berkibar megah di pentas dunia,” katanya.
Sumber: Tengku Zafrul