Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribuan Bungkusan Tersadai, Penghantar Kurier Didakwa "Resign" Secara Beramai-Ramai

Kurier Didakwa "Resign"
Kredit: lambeturah

Ribuan Bungkusan Tersadai, Penghantar Kurier Didakwa "Resign" Secara Beramai-Ramai

Beribu-ribu bungkusan milik pelanggan SPX Express di Kota Bontang, wilayah Kalimantan Timur dilaporkan tersadai dan bertimbun di sebuah gudang, lapor portal Lambe Turah.

Difahamkan, penghantar barang syarikat itu meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

Menerusi video yang tular di media sosial, bungkusan-bungkusan tersebut dilihat bertimbun di sebuah gudang, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembeli mengenai status barangan mereka.

Di samping itu, keadaan bungkusan-bungkusan berkenaan turut dilihat terbiar tanpa sebarang pengurusan, dengan tiada pekerja yang menyusun atau menguruskannya untuk penghantaran.

Berdasarkan keterangan di ruangan komen, beberapa pengguna turut mendedahkan punca di sebalik keadaan tersebut.

Seorang pengguna TikTok yang memuat naik video berkenaan mendakwa gudang itu menjadi terlalu penuh susulan kekurangan kakitangan penghantaran.

“Pekerja-pekerja kurier meletak jawatan,” tulis akaun tersebut.

Sehingga kini, pihak pengurusan SPX Express masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyelesaian terhadap beribu-ribu bungkusan yang tersadai itu mahupun punca sebenar peletakan jawatan beramai-ramai kurier di kawasan Bontang.