Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Pahang, Johor dan Sarawak.
Manakala seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka termasuk WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur diramal hujan.
"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Sementara itu di Pahang pula melibatkan Raub, Bentong dan Temerloh.
"Bagi Johor, dua daerah diramal hujan seperti Tangkak dan Muar.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut