Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Malam Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri di Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Selama, Hulu Perak, Larut Matang dan Kuala Kangsar.

“Selain itu di Kelantan, beberapa daerah diramal hujan seperti Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sri Aman (Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu), Betong, Sarikei (Julau dan Pakan), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit).

“Sementara di Sabah termasuk kawasan Pedalaman (Pensiangan, Sook, Keningau, Tambunan dan Tenom), Sandakan (Tongod, Telupid, Paitan, Kinabatangan dan Labuk & Sugut),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 9 malam.
  • Amaran melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak dan Sabah.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan