Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Empat Negeri Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor pula termasuk Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas).
“Di Sabah pula termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia