Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Senarai Pemain Berstatus ‘Bintang’ Yang Gagal Layak Ke Piala Dunia 2026
Demam Piala Dunia 2026 kian terasa apabila kejohanan bola sepak paling berprestij itu bakal berlangsung kira-kira tujuh bulan dari sekarang.
Kejohanan ini menjadi medan 42 buah negara yang berjaya mengesahkan kelayakan dalam merebut trofi berkenaan.
Edisi kali ini menyaksikan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada merupakan tuan rumah.
Seperti biasa, kejohanan ini bakal menampilkan ramai bintang bola sepak. Bagaimanapun, kejohanan ini menyaksikan beberapa nama-nama besar yang gagal membawa negaranya layak ke Piala Dunia.
Berikut senarai nama besar yang gagal lolos ke Piala Dunia kali ini;
1. Dominik Szoboszlai (Hungary)

Kumpulan F dalam saingan kelayakan Piala Dunia zon Eropah antara yang paling mencuri perhatian apabila perebutan dua slot teratas hanya dapat diputuskan pada aksi terakhir
Ia menyaksikan Portugal selaku juara kumpulan layak secara automatik selepas membelasah Armenia 9-1.
Sementara Hungary hampir mencipta sejarah layak ke Piala Dunia namun impian itu terkubur, selepas hatrik Troy Parrott membawa Ireland muncul sebagai naib juara kumpulan.
Dalam perlawanan itu menyaksikan pemain tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai yang juga kapten Hungary tidak mampu menahan sebak, kerana gagal membawa pasukannya layak.
Untuk makluman Hungary masih belum layak ke Piala Dunia sejak tahun 1986.
2. Bryan Mbeumo (Cameroon)

Situasi ini turut dialami oleh penyerang Manchester United, Bryan Mbeumo selepas harapan Cameroon ke Piala Dunia berkecai ditangan Republik Congo dalam play-off CAF.
Untuk makluman, Mbeumo pernah beraksi di pentas besar itu bersama Cameroon dalam edisi sebelum ini di Qatar.
Bagaimanapun, Cameroon tersingkir seawal di peringkat kumpulan.
3. Victor Osimhen (Nigeria)

Piala Dunia kali ini juga menyaksikan tiada kelibat penyerang sensasi Galatasary, Victor Osimhen.
Ia selepas pasukan yang diwakilinya, Nigeria tewas kepada Republik Congo melalui penentuan penalti dalam final playoff CAF.
Nigeria sebelum ini juga gagal layak pada edisi 2022, menyaksikan Osimhen bakal berusia 31 tahun sekiranya negara kelima terbaik Afrika menurut ranking FIFA itu berpeluang melakukan debut Piala Dunia pada 2030
4. Khvicha Kvaratskhelia (Georgia)

Pemain sayap lincah Paris Saint-Germain (PSG) merupakan salah satu tonggak penting dalam kejayaan PSG menjulang trofi Liga Juara-Juara, sekaligus menutup musim 2024–25 dengan penuh cemerlang.
Namun, berbeza pula nasibnya diperingkat kebangsaan apabila negara yang diwakilinya Georgia di bawah bimbingan Willy Sagnol gagal mengesahkan tempat di temasya itu pada tahun hadapan.
Diundi dalam Kumpulan E bersama gergasi Eropah, Sepanyol dan Turkiye, pasukanya hanya mampu menamatkan cabaran di tangga ke-3 dalam kumpulan.

Diundi dalam kumpulan K, Serbia hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-3, sekaligus gagal layak ke Piala Dunia sejak.
Antara pemain yang mewakili Serbia adalah bintang Juventes, Vlahovic yang gagal menyinar dalam edisi kali ini.
6. Benjamin Šeško (Slovenia)

Seorang lagi bintang dari Manchester United, Benjamin Šeško juga antara nama besar yang gagal layak ke Piala Dunia 2026.
Kelayakan ini menyaksikan menjadi mimpi ngeri bagi penyerang muda The Red Devils itu, apabila Slovenia tersingkir selepas tewas 2–0 kepada Kosovo di laman sendiri .
Sumber: Sport Illustrated