Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rider GrabFood & Orang Awam Jadi Hero, Pantas Terjun Longkang Sedalam 7 Kaki Berjaya Selamatkan Nyawa Penumpang Kereta Terlibat Kemalangan

Gambar Via Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Tindakan berani 12 orang terdiri daripada rider Grab Food dan orang awam berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang mengalami kemalangan kereta di Jalan Camar dekat Petra Jaya, Sarawak pada jam 9 malam tadi.

Menerusi perkongsian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Facebook, mereka nekad terjun ke dalam longkang sedalam tujuh kaki dan menyelamatkan semua mangsa yang dipercayai terdiri dari seorang orang lelaki, seorang orang wanita dan dua orang kanak-kanak.

Gambar Via Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Gambar Via Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services Bomba untuk rawatan selanjutnya.

Gambar Via Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Tindakan pantas mereka yang menyelamatkan kesemua mangsa itu juga mendapat pujian dari netizen.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak