Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rider bantu mangsa banjir
Kredit: @thetoratora | Tiktok

Rider Jadi Hero Tak Didendang, Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Di Johor

Florence Nuar

Rider Jadi Hero Tak Didendang, Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Di Johor

‘Rider’ atau penghantar makanan saban kali menghiasi media sosial dengan banyak penglibatan dalam membantu ramai orang dalam kesusahan.

Sedia maklum, pekerjaan mereka sebenarnya hanya menghantar pesanan kepada pelanggan yang membuat pembelian makanan atau barangan.

Namun, sudah banyak video yang tular menunjukkan mereka bertindak seolah-olah ‘hero’ yang pasti akan muncul ketika ada orang awam dilanda kesulitan.

Misalnya, sebelum ini seorang rider Grab merempuh motosikal untuk membantu seorang individu daripada diragut. Kesannya, kedua-dua peragut tidak dapat melarikan diri.

Bukan hanya manusia, malah ada juga perkongsian sebelum ini yang menunjukkan rider Grab menyelamatkan kura-kura yang cuba melintasi jalan raya yang sesak.

Misi penting rider: bantu mangsa banjir terjejas di Johor

Baru-baru ini pula, video yang dikongsikan oleh @thetoratora menunjukkan sekumpulan penghantar makanan; Grab dan FoodPanda menjadi sukarelawan menghantar makanan kepada mangsa banjir.

Menurut perkongsian @thetoratora difahamkan penganjur misi itu ialah Bubur Kangkung Pt. Besar dengan kerjasama penghantar makanan daerah Batu Pahat.

Misi tersebut dimulakan pada Ahad lalu, 5 Mac yang bertempat di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolaj Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Chan Parit Imam, Batu Pahat.

Melihat kepada video yang dikongsikan, mereka juga terpaksa melalui kawasan banjir dalam perjalanan balik dari PPS tersebut.

Pada hari kedua pula, mereka menghantar makanan ke PPS SK Sri Broleh, Batu Pahat yang memaparkan mangsa banjir ditempatkan di dewan terbuka sekolah itu.

Tidak dinafikan daripada perkongsian tersebut, kita dapat lihat betapa mulianya hati mereka membantu mangsa-mangsa awam yang terkesan dengan banjir.

Justeru, tindakan seperti ini patut dicontohi dan diteladani oleh semua orang dalam kehidupan seharian.

Bak kata orang, tolonglah semua orang selagi mampu, ringankan beban selagi tertanggung. Maka, hidup kamu akan dirahmati.

“Alhamdulillah. Terima kasih rider-rider. Semoga Allah balas dengan 1,000 kebaikan”

Rata-rata warganet memuji tindakan rider tersebut malah ada yang turut mendoakan keselamatan mereka semasa melakukan amal tersebut.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

'Rider' Bantu Mangsa Di Johor Banjir
Kredit: @thetoratora | Tiktok
'Rider' Bantu Mangsa Di Johor Banjir
Kredit: @thetoratora | Tiktok

Mangsa banjir Johor kembali meningkat kepada 40,008 orang

Menurut Bernama, jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat kepada 40,008 orang setakat 8 malam ini, berbanding 39,315 orang pada petang tadi susulan peningkatan mangsa di daerah Batu Pahat.

Bagaimanapun, keadaan di Pahang semakin pulih, apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 2,268 orang berbanding 2,538 pada sebelah petang

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebanyak 11,383 keluarga ditemaptkan di 200 PPS dengan lapan daerah terjejas berikutan keadaan banjir di Johor Bahru, pulih sepenuhnya.

“Daripada lapan daerah, Batu Pahat yang paling terjejas dengan mangsa seramai 27,289 orang ditemaptkan di 89 PPS; diikuti MUar dengan 4,079 orang (21 PPS) dan Tangkak 2,491 oran (22 PPS),” menurut kenyataan JPBN, malam tadi.

Sumber: thetoratora | Tiktok