Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Rider Nekad “Balas Dendam”, Kejar Anjing Satu Taman Buat Ramai Terhibur

Athirah
rider kejar anjing
Kredit: @alilijnt via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rider Nekad “Balas Dendam”, Kejar Anjing Satu Taman Buat Ramai Terhibur

Tugas seorang kurier bukan sekadar menghantar barang daripada satu alamat ke alamat yang lain.

Di sebalik kelancaran proses penghantaran, mereka sering berdepan dengan pelbagai cabaran harian yang mungkin tidak kita sangka.

Selain perlu mengejar masa, mencari lokasi pelanggan, serta mengharungi cuaca panas dan hujan, antara cabaran melucukan tetapi mencabar yang sering dikongsikan ialah terpaksa “melarikan diri” daripada anjing peliharaan pelanggan.

Bagi kebanyakan kurier, pengalaman sebegini sudah menjadi perkara lumrah sehingga dianggap sebagai sebahagian daripada rutin kerja harian.

“Suka sangat kejar orang kan? Aku pula kejar kau”

Itulah situasi yang dilalui seorang kurier yang menjadi tular di media sosial ketika sedang menghantar parcel di sebuah taman perumahan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @alilijnt di TikTok, kelihatan penunggang motosikal itu terserempak dengan seekor anjing berwarna coklat di hadapan sebuah rumah.

Haiwan berkenaan secara tiba-tiba mengejar dengan laju sebaik kenderaan dua roda itu menghampirinya.

Kebiasaannya, setiap individu akan meninggalkan kawasan tersebut sekiranya berada dalam situasi sebegitu. Namun lain pula dilakukan oleh lelaki tersebut, di mana dia memberhentikan motosikal dan mula bertindak di luar kebiasaan.

Sewaktu anjing itu berhenti di hadapan sebuah rumah, ia kelihatan terkejut dan ketakutan dengan aksi mengejut penunggang motosikal berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.

Video berdurasi 53 saat itu memaparkan @alilijnt dilihat sedaya upaya mengejar anjing berwarna coklat itu walaupun terpaksa berpusing mengelilingi sebuah kereta menjadikan momen itu lebih lucu.

Walau bagaimanapun, haiwan itu tidak berhenti, malah terus berlari dan berpatah balik sehingga akhirnya memasuki beberapa lorong di kawasan perumahan, seolah-olah cuba melarikan diri sepenuhnya daripada @alilijnt yang masih mengejarnya.

Video berkenaan mendapat 4.2 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi dan terhibur dengan aksi rawak @alilijnt mengejar anjing.

“Ada pula masa kau main kejar-kejar? Parcel banyak lagi tu,” gurau seorang wargamaya.

“Abang dah terkena pancing dia tu bang. Dia sebenarnya memang nak abang main kejar-kejar dengan dia,” gurau seorang lagi wargamaya.

BACA: Lelaki Teruja Baju Popular Jepun Rupanya Dihasilkan Di ‘Negara’ Ini

Sumber: @alilijnt via TikTok