Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ringgit Satu-Satunya Mata Wang ASEAN Yang Mengukuh Berbanding Dolar AS
Ringgit Malaysia muncul sebagai satu-satunya mata wang ASEAN yang mengukuh berbanding dolar AS.
Menerusi perkongsian Seasia Stats, Ringgit Malaysia mencatatkan pengukuhan tertinggi dalam senarai berkenaan, +4.24%.
Lonjakan ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur, imbangan luaran yang semakin kukuh, serta keadaan ekonomi serantau yang menyokong. Ia sekali gus meletakkan Ringgit di tangga teratas prestasi mata wang Asia.
Berbeza dengan Malaysia, kesemua mata wang lain dalam senarai berdepan penyusutan nilai.
Vietnam merekodkan penurunan paling kecil iaitu -0.64 peratus, diikuti Singapura -0.78 peratus dan Thailand -2.68 peratus.
Tekanan lebih ketara dirasai oleh Filipina dengan susut nilai sebanyak -8.82 peratus, manakala Indonesia mencatat kejatuhan terbesar iaitu -11.54 peratus.
Prestasi berbeza ini menunjukkan walaupun negara-negara Asia Tenggara berhadapan cabaran ekonomi global yang sama, kekuatan mata wang masih dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keadaan ekonomi domestik, dasar monetari serta tahap keyakinan pelabur.
Berikut senarai prestasi mata wang ASEAN berbanding Dolar AS:
Ringgit Malaysia (+4.24%)
Dong - Vietnam (-0.64%)
Dolar - Singapura (-0.78%)
Baht - Thailand (-2.68%)
Peso - Filipina (-8.82%)
Rupiah - Indonesia (-11.54%)
Kedudukan ringgit di tempat pertama bukan sahaja menunjukkan peningkatan nilai mata wang Malaysia. Malah, menggambarkan persepsi pasaran yang semakin positif terhadap prospek ekonomi negara.
Secara keseluruhannya, pencapaian ringgit sebagai satu-satunya mata wang ASEAN yang mengukuh berbanding dolar AS menjadi petunjuk penting terhadap ketahanan ekonomi Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi global.