Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

RON95 vs RON97: Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Kereta Anda?
Dalam suasana harga petrol di Malaysia yang naik turun ikut pasaran dunia, ramai pemilik kereta mula berkira-kira setiap kali berhenti di pam minyak.
Ada yang setia dengan RON95 kerana yakin petrol ini sudah cukup untuk perut enjin mereka. Lagipun harganya jauh lebih mesra poket dan sesuai dengan rutin ulang-alik ke tempat kerja setiap hari.
Tetapi tak kurang juga yang sanggup beralih ke RON97 walaupun harga selitannya boleh buat dompet terasa semata-mata untuk merasai pecutan yang ringan dan kelegaan melihat enjin kekal sihat lebih lama.
Situasi ini sering menimbulkan dilema di kalangan pemandu. Betul ke RON97 benar-benar beri beza yang besar atau sekadar mitos psikologi? Berbaloi ke duit ekstra yang dibayar kalau hakikatnya kereta tak perlukan?
Dalam keadaan kos sara hidup yang makin menghimpit, keputusan sekecil memilih petrol pun boleh beri kesan besar pada perbelanjaan bulanan.
Jadi, sebelum anda angkat nozzle dan tekan pam, elok kita faham betul-betul. Apa sebenarnya beza RON95 dan RON97, siapa yang patut guna dan bagaimana nak pastikan setiap titis petrol yang dibayar benar-benar berbaloi?
Ramai hanya tahu RON sekadar nombor tapi di sebalik angka itu tersembunyi sains penting. RON, atau Research Octane Number mengukur kemampuan petrol menahan letupan awal yang tidak diingini.
Kalau petrol gagal menahan knocking, enjin boleh mengalami pembakaran tak sekata dan menghasilkan bunyi ketukan kecil yang perlahan-lahan akan merosakkan bahagian dalaman enjin.
Enjin moden sekarang memang direka dengan kawalan elektronik yang lebih bijak tapi tetap ada hadnya. Sebab itulah nombor RON jadi penting kerana ianya perlu sesuai dengan selera enjin.
RON95 vs RON97: Mana satu yang menjadi pilihan
Tak semua negara bagi pilihan petrol sebanyak ini. Di Malaysia, kerajaan menetapkan RON95 sebagai petrol subsidi untuk rakyat. Sebab itu harganya jauh lebih rendah berbanding RON97. Petrol RON95 cukup untuk kereta keluarga, kereta kompak atau kereta sedan biasa.
Sebaliknya, RON97 dicipta untuk enjin ‘haus kuasa’ iaitu turbo, sports atau kereta premium dengan teknologi mampatan tinggi.
Pembakaran petrol RON97 lebih stabil pada suhu dan tekanan tinggi. Inilah rahsia kenapa ramai pemilik kereta sports atau kereta continental tak kisah berbelanja lebih di pam minyak.
RON95: Kenapa ia kekal popular?
Kalau tengok di pam minyak, majoriti kereta tempatan memang setia dengan RON95. Sebab utamanya adalah kerana harga yang lebih murah.
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit, petrol yang lebih murah memang menjadi pilihan.
Tambahan pula RON95 boleh didapati di hampir semua stesen minyak tak kira di bandar besar atau pekan kecil. Ia juga lebih ‘mesra’ dengan kebanyakan model kereta nasional dan Jepun yang direka untuk pasaran Asia Tenggara.
RON97: Bukan sekadar petrol mahal
Ramai yang menyangka RON97 cuma gimik mahal. Tapi ia bukan sekadar nombor tinggi pada papan tanda harga. Petrol ini menjalani proses penapisan lebih teliti untuk memastikan kebersihannya.
Petrol dengan RON tinggi biasanya mengandungi aditif yang membantu membersihkan saluran bahan api dan ruang pembakaran.
Sebab itu pemilik kereta mewah atau turbo gemar guna RON97 kerana enjin bukan saja terasa lebih smooth, malah enjin juga kurang risiko karbon melekat.
Namun kalau kereta tak memrlukan RON97 ini, kelebihan ini tidak akan memberikan impak yang signifikan.
Ramai pemandu pernah eksperimen sendiri. Sekali sekala cuba isi RON97 masa nak balik kampung jauh, kononnya nak merasakan kereta yang bergerak dengan lebih ringan.
Ada yang kata kereta terasa lebih ringan mendaki bukit tapi ada juga yang rasa perbezaannya hanya di minda.
Sebenarnya, kalau enjin kereta anda memang direka hanya untuk minimum RON95, beza prestasi dengan RON97 sangat kecil. Malah sesetengah pakar automotif kata beza itu cuma 2-3% sahaja.
Tidak cukup untuk anda merasakannya tanpa peralatan ujian profesional.
BACA : Takut Bil Naik? Ini Cara Guna Aircond Masa Tidur
Apa berlaku kalau salah pilih petrol?
Kalau anda guna RON97 untuk kereta RON95, tiada isu besar cuma kos lebih tinggi. Tapi kalau guna RON95 untuk kereta yang sepatutnya perlukan RON97 inilah masalahnya.
Enjin boleh cepat knocking, prestasi jatuh, pembakaran tak sempurna dan dalam jangka panjang boleh menjejaskan piston dan gasket.
Sebab itu, jangan main-main dengan manual kereta. Pengeluar lebih tahu apa yang terbaik untuk enjin mereka.
Aspek | RON95 | RON97 |
|---|---|---|
Kandungan Oktana | Oktana 95 — tahan ketukan pada tahap biasa | Oktana 97 — lebih tahan ketukan, sesuai enjin berkuasa tinggi |
Harga | Lebih murah, disubsidi kerajaan | Lebih mahal, ikut pasaran |
Jenis Kenderaan | Kereta standard, sedan, hatchback, MPV biasa | Kereta premium, turbocharged, sports, enjin nisbah mampatan tinggi |
Prestasi Enjin | Cukup untuk perjalanan harian, prestasi stabil | Enjin lebih lancar, pembakaran lebih bersih, prestasi maksimum |
Kesan Penjagaan Enjin | Memadai untuk enjin standard | Kurang deposit karbon, bantu jangka hayat enjin berkuasa |
Siapa Patut Guna | Majoriti pemandu Malaysia | Pemilik kereta mewah atau sports, atau yang perlukan kuasa lebih stabil |
Ramai sangka jimat petrol bermaksud pilih petrol paling murah sahaja. Hakikatnya tabiat pemanduan adalah lebih penting. Cuba amalkan beberapa trik ini:
Sentiasa pastikan tekanan tayar cukup. Tayar kurang angin membuatkan enjin bekerja lebih keras.
Jangan suka tekan minyak secara mendadak dan membrek tiba-tiba. Pemanduan yang agresif akan membakar petrol lebih cepat.
Servis kereta ikut jadual. Palam pencucuh, penapis udara dan minyak enjin semua ni kalau dah bersih, pembakaran akan lebih cekap.
Rancang perjalanan. Elakkan jalan sesak pada waktu puncak kerana enjin melahu tanpa bergerak tapi petrol tetap terbakar.
Oleh itu, dalam dunia automotif petrol bukan sekadar cecair mudah terbakar. Ia juga merupakan penentu tahap kesihatan enjin.
Sama ada anda setia dengan RON95 atau sanggup belanja lebih untuk RON97, pastikan anda faham apa yang enjin perlukan. Yang penting jangan hanya ikut trend atau cakap orang.
Rujuk buku manual, faham tabiat memandu dan guna petrol yang betul. Sebab pada akhirnya enjin yang sihat bukan bergantung pada petrol mahal semata-mata tetapi pada tangan yang memandunya.
BACA : Ini 6 Kereta Elektrik Bajet Bawah RM150K Berbaloi Dimiliki
Sumber : motorist.my, pcauto.com