Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Takut Bil Naik? Ini Cara Guna Aircond Masa Tidur
Gambar AI
Tiada Kategori

Takut Bil Naik? Ini Cara Guna Aircond Masa Tidur

suhaila

Takut Bil Naik? Ini Cara Guna Aircond Masa Tidur

Kalau anda jenis yang setiap malam teragak-agak nak hidupkan aircond sebab risau bil elektrik ‘mencekik’ hujung bulan, percayalah anda memang tak keseorangan.

Ramai orang yang rela tidur berpanas sambil kipas ligat berpusing maksimum, semata-mata mahu berjimat walaupun akhirnya tidur jadi tak lena, badan melekit berpeluh dan terjaga berkali-kali.

Lebih-lebih lagi dengan cuaca kita yang semakin panas kebelakangan ini, kadang-kadang tidur tanpa penghawa dingin langsung terasa seperti satu penyeksaan kecil.

Hakikatnya, tidur dalam suasana nyaman dan sejuk bukan lagi satu kemewahan terlarang kalau anda tahu caranya. Tak perlu pun berkorban keselesaan hanya kerana mahu mengelak bil elektrik melambung tinggi.

Dengan beberapa trik mudah, anda masih boleh tidur lena dibuai dingin aircond tanpa rasa bersalah bila tengok bil hujung bulan nanti.

Apa yang penting, anda tahu cara guna aircond dengan betul, bijak dan efisien masa anda tidur. Jadi, sebelum anda nekad ‘berpeluh’ malam ini, jom semak cara-cara mudah yang boleh bantu anda tidur nyenyak, bil pun tetap mesra poket.

1. Tetapkan suhu yang ideal

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah suhu yang ditetapkan pada aircond. Ramai sangka kalau set suhu serendah mungkin, bilik akan cepat sejuk dan lebih jimat.

Hakikatnya, semakin rendah suhu, semakin kuat kompresor bekerja sekaligus menggunakan lebih banyak tenaga. Suhu yang disarankan untuk tidur selesa dan penjimatan optimum ialah sekitar 24°C hingga 26°C.

Suhu ini adalah cukup sejuk untuk lena sampai pagi tanpa beban bil elektrik yang membebankan. Suhu yang stabil ini juga membantu mengelakkan anda terjaga kesejukan di tengah malam.

Jadi, tak perlu ‘berperang’ dengan selimut tebal bila suhu terlalu rendah.

2. Gunakan mod ‘Sleep’ atau ‘Eco’

Selain itu, manfaatkan sepenuhnya fungsi moden yang tersedia pada penghawa dingin anda. Kalau ada ‘Sleep Mode’ atau ‘Eco Mode’, gunakanlah. Fungsi ini bijak menyesuaikan suhu bilik mengikut perubahan suhu badan semasa tidur.

Apabila suhu bilik stabil, aircond akan beroperasi dengan lebih perlahan dan sekaligus dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Anda pun dapat tidur lena tanpa terjaga kesejukan atau bil melambung. Ramai yang tak tahu fungsi ini sebenarnya boleh menjimatkan sehingga 30% penggunaan tenaga jika diaktifkan secara konsisten. Jadi, rugi kalau tak guna.

3. Pasang ‘Timer

Satu lagi trik mudah tetapi sangat berkesan ialah tetapkan ‘timer’. Ramai pasang aircond dari malam sampai pagi tanpa henti padahal suhu sejuk pada awal malam selalunya sudah memadai.

Dengan fungsi ‘timer’, anda boleh tetapkan aircond supaya berhenti beroperasi selepas 2 hingga 4 jam.

Apabila aircond berhenti, kipas siling atau kipas berdiri boleh terus digunakan untuk membantu mengekalkan aliran udara sejuk ke seluruh bilik.

Udara tetap nyaman dan penggunaan elektrik pula terkawal. Malah, kipas membantu edarkan udara sejuk yang terperangkap supaya bilik kekal segar walaupun aircond sudah dimatikan.

4. Bersihkan penapis secara berkala

Selain menjaga fungsi, kebersihan aircond juga jangan diabaikan. Ramai yang menganggap penapis tak perlu dibersihkan selalu sedangkan penapis yang kotor memaksa penghawa dingin bekerja lebih kuat untuk mencapai tahap kesejukan yang sama. Akibatnya, tenaga yang digunakan bertambah tanpa disedari.

Cukup bersihkan penapis sekurang-kurangnya sebulan sekali. Udara bilik pun lebih segar, aircond tahan lama dan bil elektrik pun tak ‘melompat’.

Penapis yang bersih juga membantu menapis habuk dan alergen ssekali gus menjadikan tidur anda lebih sihat.

BACA : Bil Melambung? Ini 10 Cara Bijak Jimat Elektrik Rumah Anda

5. Tutup ruang yang tidak perlu

Bilik yang sejuk bukan sekadar bergantung pada mesin semata-mata. Ruang juga perlu dijaga. Sebelum tidur, pastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapat.

Jika ada celah pintu, gunakan penahan angin atau ‘door seal’ untuk mengelakkan udara sejuk keluar dan udara panas masuk.

Apabila ruang tertutup kemas, suhu bilik akan kekal sejuk lebih lama dan aircond tidak perlu bekerja keras sepanjang malam.

Tip tambahan, langsir tebal juga boleh membantu menghalang haba dari luar menembusi bilik pada waktu siang.

6. Guna aircond jenis inverter

Bagi yang mahu lebih penjimatan jangka panjang, pertimbangkan untuk beralih kepada penghawa dingin jenis inverter.

Aircond inverter direka dengan teknologi yang membolehkan kompresor beroperasi secara berterusan tetapi dengan kelajuan berubah-ubah mengikut suhu bilik.

Ini menjadikan penggunaan tenaga lebih stabil dan jauh lebih jimat berbanding aircond konvensional yang kerap ‘on-off’.

Mungkin kos pemasangan sedikit tinggi tetapi penjimatan bil elektrik dalam jangka masa panjang memang berbaloi.

Selain itu, aircond inverter juga selalunya lebih senyap. Jadi tidur anda tidak akan terganggu dengan bunyi bising kompresor.

7. Pastikan Aircond Diservis Ikut Jadual

Antara lain juga, jangan lupa jadualkan servis berkala sekurang-kurangnya sekali setahun. Dengan pemeriksaan profesional, gas penyejuk dapat diisi semula, komponen dibersihkan dan prestasi aircond sentiasa optimum.

Apabila semua bahagian berfungsi dengan baik, tenaga digunakan secara efisien dan aircond anda pun lebih tahan lama.

Servis berkala juga dapat mengesan kerosakan kecil lebih awal sebelum ia menjadi masalah besar yang lebih mahal untuk dibaiki.

Langkah mudah ini nampak remeh tetapi mampu menjimatkan kos pembaikan dan mengelakkan bil elektrik yang tidak disangka.

8. Guna kipas sebagai bantuan

Akhir sekali, jangan lupa manfaatkan kipas. Gabungan aircond dengan kipas siling atau kipas berdiri sangat membantu menolak udara sejuk ke setiap sudut bilik.

Bila udara sejuk lebih sekata, anda boleh tetapkan suhu aircond sedikit tinggi tetapi tetap merasa nyaman. Malah, kipas juga dapat membantu mempercepatkan proses penyejukan bilik pada awalnya.

Jadi, aircond tak perlu bekerja keras terlalu lama. Hasilnya, bilik kekal sejuk lebih lama dengan penggunaan tenaga yang minimum

Kesimpulannya, anda tidak lagi perlu berkorban tidur lena hanya kerana risau bil elektrik meningkat setiap kali mahu guna aircond masa tidur.

Dengan beberapa langkah bijak, rutin mudah dan sedikit pelaburan yang berbaloi, anda boleh nikmati malam yang sejuk, selesa dan bebas rasa bersalah. Jadi, teruskan guna aircond masa tidur dengan cara yang betul.

BACA : 7 Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik 2025

Sumber : sortedelectrical, blog.calida