Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Di Semenanjung Naik 5 Sen

Iqbal Yasir
RON97, RON95 Tanpa Subsidi
Kredit: Bernama

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Di Semenanjung Naik 5 Sen

Harga runcit bagi RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing dinaikkan sebanyak 5 sen.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 26 Februari hingga 4 Mac 2026.

"Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.15 seliter. Manakala harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM2.59 seliter.

"Sementara harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter," maklum kenyataan itu.

Dalam pada itu, harga runcit bagi RON95 di bawah BUDI95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan masing-masing kekal pada RM1.99 dan RM2.15 seliter.

"Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," kata kementerian itu.