Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 20 sen daripada RM3.75 seliter kepada RM3.55 seliter.
Menurut kementerian itu, penetapan harga runcit produk petroleum tersebut berkuatkuasa bagi tempoh 15 Disember hari ini hingga 21 Disember depan.
Dalam pada itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Tambah kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sebelum ini harga RON97 turun sebanyak 10 sen daripada RM3.85 kepada RM3.75 seliter, di mana sebelum itu berlaku lagi penurunan 10 sen daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.
Sumber: MOF Malaysia