Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rupanya Ini Sebab Kulit Epal Ada Bintik-Bintik Halus
Kalau anda penggemar buah epal, anda mungkin tahu bahawa epal antara buah yang sangat baik untuk kesihatan.
Bukan sekadar sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus, malah epal juga kaya dengan serat, antioksidan dan rendah kalori. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin kekalkan berat badan ideal.
Tapi, pernah tak anda perasan ada bintik-bintik kecil pada kulit buah epal? Nampak macam biasa, cuma mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa ada tompok-tompok halus itu?
Sama seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan udara untuk hidup. Tapi bezanya, tumbuhan tiada hidung atau paru-paru.
Sebaliknya, mereka ada satu sistem semula jadi untuk bernafas, iaitu melalui struktur kecil pada permukaan yang dipanggil lentisel.
Lentisel ialah lubang-lubang halus pada kulit buah yang bertindak sebagai ‘pintu udara’. Ia membolehkan gas seperti oksigen dan karbon dioksida keluar masuk.
Struktur ini boleh dilihat pada pelbagai jenis tumbuhan lain juga, seperti pir, mangga, avokado dan ubi kentang.
Melalui lentisel inilah buah seperti epal dapat ‘bernafas’. Ia menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen, membantu dalam proses pertumbuhan dan kesegaran buah.
Walaupun lentisel penting, ia juga boleh terdedah kepada jangkitan atau masalah tertentu. Dua antara penyakit biasa yang melibatkan lentisel pada epal ialah:
Berlaku apabila buah kekurangan nutrien, menyebabkan bintik-bintik menjadi gelap dan berubah menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat.
Walaupun isi dalam masih elok, rupa luarannya jadi kurang menarik.
Penyakit ini menjadikan kulit sekitar lentisel bertukar menjadi bintik-bintik gelap, seperti ruam. Keadaan ini juga hanya menjejaskan bahagian luar buah.
Jangan risau, kebanyakan kes ini tidak menjejaskan kualiti isi epal. Ia masih selamat dimakan, tetap manis dan penuh khasiat seperti biasa.
Jadi, kalau anda ternampak epal yang ada bintik-bintik halus di pasar atau dalam peti sejuk, jangan terus buang atau fikir ia sudah rosak.
BACA: Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Bola Sepak Ada Corak
BACA: Ini Enam Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu
BACA: Ahli Astronomi Saksikan Detik Pembentukan Sistem Suria Buat Kali Pertama
Sumber: Mental Floss