Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sabah Terima Sumbangan PPE Dari China Untuk Kegunaan Barisan Hadapan

Kredit: Bernama

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah hari ini menerima sumbangan pelbagai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan yang bertugas bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Iklan

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata sumbangan itu disampaikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide, bersama Wylong Holdings Sdn Bhd dan Le Xiao Yao (M) Sdn Bhd.

“Sumbangan itu melibatkan 52,000 helai penutup hidung dan mulut; 1,000 PPE dan 200 set alat pelindung mata,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata 70,000 helai penutup hidung dan mulut sumbangan Wylong Holdings Sdn Bhd juga akan diterima secara berperingat untuk diedarkan kepada agensi yang bertugas nanti.

Katanya menerusi kerjasama dengan kerajaan China, konsulat China di Kota Kinabalu mendapat PPE daripada negara republik itu yang dihantar ke Sabah pada 29 Mac lepas.

”Pasukan perubatan dari China akan datang ke Sabah, namun makumat terperinci mengenai perkara itu akan diumumkan kelak,” katanya.

Sumber: Bernama