Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Saintis Temui ‘Jalan Berbata’ Lebih 3,000 Meter Bawah Laut, Mungkin Kota Atlantis Yang Hilang

Syed Faisal Sayed Muhammad
Saintis Temui 'Jalan Berbata'
Kredit EVNautilus

Saintis Temui ‘Jalan Berbata’ Lebih 3,000 Meter Bawah Laut, Mungkin Kota Atlantis Yang Hilang

Sebuah ekspedisi yang dilakukan di utara Kepulauan Hawaii telah membawa kepada sebuah penemuan purba di dasar laut yang menyerupai dengan sesuatu seperti laluan jalan bata kuning, lapor Science Alert.

Penemuan itu berjaya dibuat oleh kapal penerokaan Nautilus pada awal tahun ini semasa meninjau puncak Lili’uokalani dalam Monumen Nasional Marin Papahanaumukuakea (PMNM).

PMNM ialah salah satu kawasan pemuliharaan marin yang terbesar di dunia, ianya lebih besar daripada gabungan semua taman negara yang berada di Amerika Syarikat. Penerokaan itu hanya berjaya dilakukan kira-kira tiga peratus sahaja daripada keseluruhan dasar lautnya.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Penyelidik di Ocean Exploration Trust sedang berusaha mengkaji sempadan hutan belantara itu yang terletak pada kedalaman lebih daripada 3,000 meter di bawah laut.

Rakaman bagi ekspedisi itu telah diterbitkan di YouTube pada April 2022 lalu yang merakamkan detik penyelidik mengendalikan kenderaan laut dalam sebelum menjumpai jalan tersebut.

“Ia adalah jalan ke Atlantis,” kata seorang penyelidik di radio sewaktu ekspedisi tersebut.

“Jalan bata kuning?,” balas pula suara yang lain.

“Ini pelik,” tambah lagi seorang ahli pasukan itu.

Walaupun terletak di bawah laut kira-kira seribu meter, dasar tasik yang ditemui oleh penyelidik di puncak gunung laut Nootka kelihatan sangat kering.

Di radio, kedengaran pasukan menyatakan bahawa tanah kelihatan hampir seperti “kerak panggang” yang boleh dikupas.

Pada satu bahagian yang kecil, batu gunung berapi telah merekah dengan cara seperti sangat mirip dengan batu bata.

“Rekahan pada sudut 90 darjah yang unik itu berkemungkinan berkaitan dengan tekanan pemanasan dan penyejukan daripada pelbagai letusan pada kawasan tersebut,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Pada pandangan pertama, rekahan itu mudah disalah anggap sebagai laluan ke dunia baharu yang indah.

Sumber: Science Alert