Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Salahuddin Dikejarkan Ke Hospital Selepas Mual Dan Muntah-Muntah

Salahuddin dikejarkan ke hospital
Kredit BERNAMA

Salahuddin Dikejarkan Ke Hospital Selepas Mual Dan Muntah-Muntah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dikejarkan ke hospital di Alor Setar, Kedah selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Salahuddin telah dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam semalam.

“Beliau terdahulu mengadu mengalami mual dan muntah-muntah dan tidak dapat menyertai program seperti yang dijadualkan malam tadi.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

“Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: BERNAMA