Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sambut ‘Anniversary’ ke- 80, Suami Isteri Ini Diiktiraf Pasangan Paling Tua Di Dunia

Azmil

Sepasang suami isteri yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke- 80 mereka pada seminggu yang lalu.

Suami bernama John Henderson, 106 dan isterinya, Charlotte berusia 105 tahun telah diangkat oleh Buku Rekod Guiness sebagai pasangan tertua didunia ketika ini.

Pasangan itu diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan di Komuniti Persaraan longhorn Village.

Bagi mengenang momen indah mereka, Henderson menjemput isterinya menaiki kereta Roadster tahun 1920 sama seperti kali pertama mereka berdua keluar bersama.

Gambar-gambar memaparkan kegembiraan pasangan tersebut melayari perkahwinan selama 80 tahun turut dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.

Menurut Daily Mail, pasangan terbabit bertemu di Universiti Texas pada tahun 1934 dan mendirikan rumahtangga pada 22 Disember 1939, beberapa bulan sebelum bermulanya Perang Dunia II. – Agensi

Pasangan John Henderson, 106, dan isterinya, Charlotte, 105 yang berkahwin pada tahun 1939 meraikan ulang tahun perkahwinan ke-80 minggu lalu.

Sumber: Daily Mail