Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sampai Ke Peringkat Ingin Terjun Bangunan”, Lelaki Menangis Hiba Depan Dr. Zulkifli, Hidup Perit Tertekan Dihalau Dari Rumah Sewa

Di kala wabak pandemik COVID-19 membadai negara, makin ramai yang dapat dilihat berada dalam keadaan terdesak dan kesempitan.

Tidak dapat bekerja, kena buang kerja, kena potong gaji dan bermacam-macam lagi masalah boleh membuatkan seseorang itu tertekan dan akhirnya akibat tidak dapat memikirkan jalan keluar, keputusan untuk menamatkan kesengsaraan tersebut dengan membunuh diri diambil.

Justeru daripada itu, di waktu yang sukar ini, orang ramai digalakkan supaya membantu sesiapa sahaja yang sedang berada dalam kesusahan dan kesempitan ini agar kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui akaun Twitter rasminya, beliau telah ditemukan untuk membantu seorang lelaki yang dalam kesempitan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: