Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Sangat menguntungkan," Pelajar Indonesia Puji Budaya Buka Puasa Di Masjid Malaysia

Azizah Najib
pelajar indonesia buka puasa
Kredit: TikTok @ihsanularliansyah

"Sangat menguntungkan," Pelajar Indonesia Puji Budaya Buka Puasa Di Masjid Malaysia

Kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi diakui tidak seperti di bangku sekolah.

Biarpun ada yang sentiasa menerima wang saku daripada ibu bapa setiap bulan, masih ada golongan pelajar yang perlu menjalankan kerja sambilan bagi menampung kehidupan di sana.

Namun, ketibaan bulan Ramadan membawa seribu kesyukuran bagi pelajar dan mereka yang memerlukan. Sepanjang bulan ini, kebanyakan masjid dan surau mengadakan jamuan berbuka puasa percuma buat sesiapa sahaja.

Itulah yang mengejutkan pelajar dari Indonesia ini, @ihsanularliansyah. Berkongsi di laman TikTok miliknya, dia tidak menyangka sesiapa sahaja dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan percuma di Malaysia.

"Berbuka puasa di Malaysia, percuma. Kebanyakan masjid yang ada di Malaysia sudah tentu akan menyediakan makanan percuma untuk orang yang berbuka puasa," kongsinya.

Katanya, juadah yang disediakan bukan sekadar kurma, tetapi lengkap satu hidangan nasi dan lauk-pauk.

"Keadaan ini sangat menguntungkan terutamanya bagi mahasiswa perantau seperti aku," luahnya.

Bagi pelajar berkenaan, situasi itu turut mengajar dirinya sesuatu tentang Ramadan.

"Sebenarnya puasa ini bukan hanya sekadar ibadah individu tetapi turut melibatkan ibadah masyarakat," tambahnya.

Reaksi warga maya

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya.

"Lepas tarawih ada makan-makan lagi. Orang sini panggil moreh. Dia macam kudapan ringan, ada menu minum teh atau kopi, kuih-muih atau bubur gitu," kongsi warga maya.

"Bermanfaat sangat buat mahasiswa ya," puji seorang lagi.

"Kalau solat Jumaat pun ada makanan percuma yang disediakan," ujar yang lain pula.