Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini
Kementerian Kewangan bakal menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada kira-kira 3.1 juta penerima bujang hari ini.
Menerusi kenyataan kementerian tersebut, penerima kategori bujang akan menerima sumbangan RM50 setiap bulan bagi mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Bagi golongan bujang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah serta penerima eKasih, sebanyak RM100 sumbangan kewangan akan disalurkan setiap bulan.
“Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
“Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad,” maklum kementerian tersebut.
SARA merupakan bantuan tunai daripada pihak Kerajaan bawah inisiatif Payung Rahmah.
Sumbangan bagi kategori ini hanya layak bagi mereka yang berusia 21 tahun hingga 59 tahun, dan 19 tahun ke atas bagi golongan OKU.
Penerima juga tidak terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
Selain itu, penerima yang berstatus ibu atau bapa tunggal, balu, janda dan duda yang tiada anak juga layak menerima sumbangan ini.
Tahun ini, Kerajaan menyasarkan untuk mempertingkat jumlah kedai kecil yang terlibat kepada 10,000 menjelang akhir tahun.
Berikutan itu, penerima berpeluang menggunakan sumbangan yang diterima dengan membuat pembelian lebih 100,000 barangan asas tersedia berdasarkan 14 kategori.
Antara yang tersenarai termasuk beras, telur, roti, minyak masak, biskut, mi segera dan tepung. Begitu juga minuman seperti teh, kopi, susu bayi, serta bahan perasa seperti kicap, sos, gula dan garam.
Kementerian Kewangan turut menyenaraikan makanan dalam tin dan produk penjagaan diri sebagai antara barang asas yang boleh dibeli menggunakan sumbangan SARA.
Orang ramai boleh menyemak langkah-langkah membuat pembelian menerusi laman https://www.sara.gov.my/.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Facebok Jabatan Perkhidmatan Awam, Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi