Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Pun Mula-mula Terkejut,” Ucapan Tahniah Dr Zulkifli Atas Pernikahan ‘Erra Fazira’ Buat Ramai Terhibur

Gambar: Dr Zulkifli Al-Bakri

Sekali dengar nama, disangka selebriti, Erra Fazira yang berkahwin, rupanya bukan. Sebut sahaja nama itu, pasti ramai yang terbayangkan pelakon Sembilu atau Maria Mariana itu yang terkenal sekitar tahun 1990-an hingga kini.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah membuat kicauan yang mengejutkan orang ramai. Ucapan tahniah beliau atas perkahwinan Erra Fazira telah menyebabkan warga maya tersilap sangka, hinggalah mereka melihat gambar dan membaca kicauan hingga akhir.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut,” tulis Dr Zulkifli, menambah beliau turut menyangka individu itu adalah pelakon Sembilu pada awalnya.

Beliau juga sempat mendoakan kebahagiaan pasangan itu dengan perkahwinan yang diberkati dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Boleh tahan Dr punya clickbait

Tahniah kepada pasangan pengantin

Terkejut baca

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri