Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi.
Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.
“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh krisis ini
“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf.
“Saya harap kerajaan baru dapat dibentuk segera supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biaasa
“Tempoh 2 bulan kehadapan adalah amat penting kerana dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober insyaAllah.”
Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula bagi memastikan ekonomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga
Rekod kita mencatatkan kadar vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia.