Baru-baru ini Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.
Penangguhan itu dibuat bagi memberi peluang yang secukupnya kepada perokok untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok.
Tindakan tersebut lantas mendapat reaksi daripada pelbagai netizen. Rata-ratanya menyokong kerana penguatkuasaan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka dilihat sebagai ‘berjaya’ mendidik perokok menghormati hak individu lain yang tidak merokok untuk berada di tempat awam.
Saya sokong Dr Zul!

”You are doing are great job”

”I salute you for your effort”
Terima kasih Doktor!

Sangat bagus sebab nak makan tak selesa kalau ada bau asap rokok

Impak dia tak nampak sekarang tapi masa depan generasi kita

Sumber : Twitter KKMPutrajaya
