Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka,” Neelofa Mohon Maaf, Anggap Kompaun Satu Pengajaran

Selebriti terkenal, Neelofa baru sahaja dikompaun sebanyak RM20,00 atas dua kesalahan iaitu gagal mewujudkan penjarakan fizikal ketika majlis akad nikahnya serta melanggar kebenaran rentas negeri

Tidak cukup dengan itu, suaminya juga PU Hariz turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan serupa; melakukan aktiviti di luar skop kebenaran pihak polis.

Malah 20 ahli keluarga Neelofa juga dikompaun RM1,500 setiap seorang atas kesalahan tidak menjaga penjarakan fizikal ketika majlis tersebut. Jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan adalah berjumlah RM60,000.

BACA: Neelofa Dikompaun RM 20,000, Suami RM 10,000 Kerana Langgar SOP PKPB

Neelofa minta maaf, kesal apa yang berlaku

Tidak sampai 24 jam dia dikompaun, Neelofa akhirnya ‘buka mulut’ dan membuat pengakuan bersalah atas kealpaan dirinya sebelum ini.

Selebriti ini meluahkan satu kenyataan dalam hantaran di Facebooknya hari ini, berlapang dada terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka.

“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sumber: Neelofa